UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Profesor Dr. Mazlan dilantik Naib Canselor UMT baharu

Profesor Dr. Mazlan dilantik Naib Canselor UMT baharu

Monday, 02/08/2021

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima pelantikan Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar sebagai Naib Canselor baharu bagi menggantikan Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkuatkuasa 2 Ogos 2021.

Pelantikan tersebut dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Ogos 2021.

Beliau dalam kenyataannya berkata, Profesor Dr. Mazlan mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan bidang sains perikanan seiring dengan nic penyelidikan UMT yang bertunjangkan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

Selain itu, pelantikan Profesor Dr. Mazlan juga berdasarkan pengalaman luas dalam bidang penyelidan dan inovasi yang mana portfolio yang disandang beliau ketika menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di university sama.

Antara pencapaian terbaik beliau ialah mendapat pengiktirafan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT sebagai  Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi dan mengetuai projek khas Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) hasil kerjasama dengan beberapa buah universiti awam iaitu Ocean Climate Change: Potential Risk, Impact and Adaptation Towards Marine and Coastal Ecosystem Services in Malaysia serta mewujudkan kaedah penjanaan dana university melalui pengkomersilan harta intelek.

Sumbangan diperingkat antarabangsa juga antara lain ialah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Ichthyological Society of Japan, Marine Biology Association of United Kingdom, Asean Fisheries Society dan Taiwan Oceanography Society.

Sementara itu, Profesor Dr. Mazlan berkata akan meneruskan agenda memperkasakan bidang tujahan utama UMT iaitu sains marin serta berusaha meletakkan UMT sebagai sebuah universiti berfokus yang cemerlang.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu