UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT, CME Bincang Jalin Kerjasama Fokus Pembangunan Sumber Manusia

UMT, CME Bincang Jalin Kerjasama Fokus Pembangunan Sumber Manusia

Wednesday, 18/07/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Langkah mewujudkan jalinan hubungan kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan syarikat Centre of Maritime Excellence Sdn. Bhd. (CME) dijangka akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam menjalani latihan di agensi berkenaan.

Perkara tersebut telah dibincangkan dalam siri lawatan daripada CME yang diketuai oleh Ketua Pegawai Ekspekutif, Dato’ Capt. Jaafar Lamri ke UMT bersama dengan pegawai-pegawai kanan syarikat tersebut.

Menurut Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, Dr. Mohd Nizam Lani berkata pertemuan tersebut pada peringkat awal hanya membincangkan berkaitan isu pembangunan sumber manusia.

“Hasil perbincangan diperingkat awal bahawa pihak UMT mengalu-alukan kolaborasi memfokuskan berkaitan pembangunan sumber manusia untuk pensyarah dan pelajar, projek konsultasi, latihan dan penyelidikan, Alumni Partners dan program CSR memandangkan syarikat tersebut mempunyai kepakaran menyediakan latihan sumber manusia dan konsultasi berkaitan bidang maritim, khususnya dalam bidang marine pilotage, ship-to-ship transfer operations (STS), port and terminal management and operation ”.

“InsyaAllah, bagi merealisasikan hasrat murni ini, kita akan aturkan sesi kunjungan balas ke CME dalam tempoh waktu terdekat bagi membincangkan lebih lanjut kerjasama strategik ini dan manfaatnya kepada kedua-dua belah pihak”.

Turut hadir bagi meraikan kunjungan tersebut ialah Prof. Dr. Wan Mohd Norsani Wan Nik, Pengarah ICoE (Pusat Kecemerlangan Industri, Kluster Maritim), Prof. Madya Dr. Mohamad Rosni Othman, Pengarah Pusat Pengangkutan dan Logistik Maritim (MALTrac).

 

Untuk keterangan lanjut:

 

Dr. Mohd Nizam Lani
Pengarah/Director
Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri /Centre of Knowledge Transfer and Industrial Networks
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

Tel: 012-4988040

Emel : nizamlani@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu