UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

SUKARELAWAN UMT BANTU MENGHASILKAN FACE SHIELD HEROES

SUKARELAWAN UMT BANTU MENGHASILKAN FACE SHIELD HEROES

Thursday, 16/04/2020

Share This Article :

Kuala Nerus- Prihatin dan tanda sokongan terhadap pasukan hadapan negara, seramai lebih 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tampil dalam menghasilkan Face Shield Heroes.

Menurut Profesor Dato` Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT, gerak kerja ini disertai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK), UMT dan seorang Felo Kolej Kediaman dengan kerjasama NGO COVID-19 dipacu oleh “The Clean Air Forum Society of Malaysia” (MyCas) dan dengan kerjasama lebih 10 NGO utama seperti Majlis Dakwah Negara Terengganu, Pertubuhan Ikram Negeri Terengganu dan lain-lain NGO.

 “UMT amat berbangga kerana dapat menyumbang kepada barisan hadapan walaupun hanyalah sumbangan kecil tetapi sangat bermakna. Malah sumbangan ini juga sebagai tanda sokongan kami kepada negara selain mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh pihak berwajib sekaligus menyumbang kearah mengawal penularan Covid-19 daripada terus menular.”

Projek ini diterajui oleh Ts. Dr. Hajjah Noor Zaitun Yahaya, Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan informatik, UMT merangkap President MyCas dan Pengarah Program Covid-19, NGO Frontliner Support Team.

Menurut Ts. Dr. Hajjah Noor Zaitun gerak kerja ini telah bermula seawal 23 March 2020 dengan pengumpulan dana dan perancangan. Sehingga sekarang sukarelawan UMT telah berjaya menghasilkan lebih 3000 unit PPE Face Shield dan Isolation Set yang telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terangganu untuk diagihkan mengikut keperluan negeri, Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu dan juga kepada pusat kuarantin di seluruh negeri Terengganu.

Tambahnya lagi dijangkakan projek ini akan menghasilkan sekurang-kurangnya 8000 Face Shield untuk disumbangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

 

Gerak kerja penyediaan PPE ini dilakukan di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman UMT bagi memudahkan sukarelawan yang kesemuanya menetap di asrama untuk datang.

Menurutnya lagi proses penghasilan PPE ini dipastikan sentiasa mematuhi pembekalan PPE oleh “The Occupational Safety and Health” (Classification, Labelling and Safety Data Sheet of Hazardous Chemicals) “Regulations 2013” (CLASS Regulations) yang sudah digazet pada 11 October 2013. Ini meliputi daripada pemilihan bahan,  tempat dan proses penghasilan PPE dibuat, pembungkusan, pelabelan dan ‘transporting’ adalah sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Malaysia atau DOSH.

Selain itu aspek kebersihan juga dipatuhi sukarelawan dengan memastikan mereka sentiasa sihat, tidak batuk atau selsema dan mencuci tangan terlebih dahulu dengan Hand Sanitizer, memakai gloves dan Face Mask sebelum memulakan tugas.

Seorang pelajar Master daripada program Teknologi Alam Sekitar, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik iaitu Nirwani Dewi a/p Maniandi turut membantu dari aspek kawalan kualiti bahan PPE yang dihasilkan.

Beliau berbangga menjadi sebahagian daripada team ini sekaligus dapat mempraktikkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran Keselamatan Kesihatan dalam Pekerjaan di UMT dan mempelajari proses pembekalan PPE kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dibuat dengan SOP tertentu. Dalam masa yang sama, para pelajar ini juga dapat mengisi masa di kampus sepanjang tempoh PKP ini dengan perkara yang bermafaat.

Projek penghasilan PPE dibiayai oleh dana sumbangan, NGO, badan korporat, serta orang ramai. Individu atau institusi yang berhasrat menyokong projek ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Malaysia Berhad dengan Nombor akaun: 5630-6414-4012 atas nama The Clean Air Forum Society of Malaysia. Semua sumbangan dikecualikan daripada cukai (tertakluk kepada kelulusan pihak LHDN). Para penyumbang boleh kemukakan bukti pembayaran untuk Resit Pelepasan Cukai yang akan diberi setelah transaksi berjaya dan boleh diemelkan kepada: cleanairmalaysia@gmail.com atau hubungi Bendahari MyCas iaitu Dr Mohd Shahrir 017 – 9681102, shahrir@umt.edu.my.

 

Keterangan Lanjut:

Ts. Dr. Hajjah Noor Zaitun Yahaya

Pensyarah

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan informatik, UMT

Merangkap President, The Clean Air Society Forum of Malaysia

Tel: 17-988 4115

Emel: nzaitun@umt.edu.my

                                                  Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu