UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT jalin kerjasama MoU dua universiti Indonesia

UMT jalin kerjasama MoU dua universiti Indonesia

Monday, 8/1/2024

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini berkolaborasi dengan dua buah universiti Indonesia iaitu Universitas Karimun dan Universitas Jambi dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala.

Majlis pemeteraian dokumen perjanjian telah diadakan di kampus UMT, di sini dengan dihadiri oleh delegasi daripada kedua-dua buah universiti tersebut.

UMT diwakili Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar dan Universitas Karimun diwakili oleh wakil Rektor Bidang Akademik dan Pengembangan Penelitian, Said Nuwrun Thasimmim. Manakala Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Prof. Dr. Junaidi pula mewakili delegasi daripada Universitas Jambi bagi menurunkan tandatangan semasa majlis tersebut.

Menurut Dr. Mazlan, kolaborasi yang termeterai itu merupakan lembaran baharu dalam usaha mengukuhkan lagi bidang akademik  meliputi kerjasama penyelidikan, program mobiliti, pelaksanaan persidangan, kerjasama latihan, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program komuniti.

“Dengan termeterai perjanjian ini diharap dapat meningkatkan pengiktirafan oleh badan antarabangsa  dalam bidang akademik dan penyelidikan.

“Kita juga mengharapkan agar usaha ini berjaya menyumbang kepada penerbitan berimpak serta  mendorong lebih banyak perkongsian dan menarik  lebih banyak kerjasama dengan institusi lain di seluruh dunia.

Selaras dengan aspirasi pengantarabangsaan, UMT katanya sentiasa meneroka kerjasama lebih luas bukan sahaja di dalam negara, malahan bersama-sama universiti di rantau ini dan juga seluruh dunia.

Turut hadir iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. ChM. Dr. Marinah Mohd Ariffin, Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Prof. Madya Dr. Amirrudin Ahmad serta pegawai-pegawai UMT.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu