UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

PEJABAT BENDAHARI UMT DEKATI PEKERJA PEMBERSIHAN MELALUI SUMBANGAN PEK RAMADAN

PEJABAT BENDAHARI UMT DEKATI PEKERJA PEMBERSIHAN MELALUI SUMBANGAN PEK RAMADAN

Friday, 24/04/2020

Share This Article :

Kuala Nerus- Kesibukan umat islam dalam menjalani ibadah puasa yang akan disambut pada 24 April 2020 bukan penghalang pasukan Happy Box Pejabat Bendahari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakukan aktiviti amal melalui Program Pek Ramadhan Happy Box Pejabat Bendahari 2020@1441H.

 

Atas keprihatinan dan tanda terima kasih terhadap sumbangan pekerja pembersihan dan landskap, Team Happy Box Pejabat Bendahari mendekati mereka melalui sumbangan Pek Ramadhan.

 

Menurut Puan Azizah binti Hasan, Bendahari UMT, Team Happy Box Pejabat Bendahari,  telah membuka ruang kepada Warga Bendahari yang berminat untuk merebut peluang ganjaran berganda Ramadhan kali ini dengan mengumpulkan sumbangan tunai dan tajaan barangan Pek Ramadhan 2020.

 

Jelasnya lagi pek ini disasarkan kepada 33 orang pekerja pembersihan dan landskap yang berkhidmat di Pejabat Bendahari serta Zon Kewangan Pejabat Bendahari UMT.

 

Tambahnya Pek Ramadhan ini mengandungi 14 item keperluan harian seperti beras, gandum, gula, bihun, susu pekat dan banyak lagi.

 

Sumbangan ini bukan sahaja sebagai tanggungjawab korporat kepada pekerja pembersihan malah melengkapkan ramadhan mereka kali ini serta berkongsi rezeki yang ada.

 

Sumbangan ini telah disampaikan oleh warga Pejabat Bendahari UMT yang diketuai oleh Puan Fauziah binti Mahmud pada hari Ahad, 19 April 2020 di Pejabat Bendahari baru-baru ini.

 

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu