UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

MPP, MUTIARA UMT Meriahkan Sambutan Raya Insan Tidak Bernasib Baik

MPP, MUTIARA UMT Meriahkan Sambutan Raya Insan Tidak Bernasib Baik

Wednesday, 30/05/2018

Share This Article :

KUALA NERUS, 29 Mei – Seramai 121 yang terdiri daripada kalangan anak yatim dan fakir miskin serta Orang Kelainan Upaya (OKU) di daerah ini menerima bantuan persediaan menyambut Aidilfitri sempena Majlis Iftar Perdana anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Kelab Wanita Universiti Malaysia Terengganu (MUTIARA).

 

Presiden Kelab MUTIARA, Prof. Madya Dr. Noraida Ali berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan mereka yang terlibat dalam menghadapi bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

 

“Ini adalah tradisi kami, boleh dikatakan tiap-tiap tahun kita menyumbang pakaian serta keperluan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

 

“Kami berkolaborasi dengan beberapa kelab lain seperti PASAK, PERENTAS, KUAT dan BERKAT untuk mengumpul dana bagi memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin ini untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sekurang-kurangnya mereka ini mempunyai sepasang baju baharu pada hari raya nanti.

 

“Hari ini merupakan siri 1 pemilihan pakaian pertama yang melibatkan seramai 30 penerima. Manakala yang selebihnya akan diadakan pada siri 2 yang melibatkan 91 penerima yang akan diadakan pada 6 Jun 2018”.

 

Razyiaton Raghazli, Presiden MPP turut mengulas bahawa majlis berbuka puasa itu juga selain bertujuan memberikan bantuan kepada penerima yang layak, ia juga merupakan medium bagi pemimpin masyarakat untuk mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk setempat.

 

Katanya, melalui majlis itu pemimpin dapat mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan masyarakat dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka.

 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar memberi sokongan penuh dalam usaha-usaha berbentuk kemasyarakatan seperti ini agar kewujudan universiti turut dirasai oleh komuniti setempat dan memberi sinar kepada golongan kurang bernasib baik.


Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan UMT.

 

 

Maklumat Lanjut:

Prof. Madya Dr. Noraida Haji Ali

Pengerusi

Kelab Wanita UMT (MUTIARA)

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09-668 3260 

Emel : aida@umt.edu.my

 

 

 

 

Dikeluarkan oleh:


Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
Tel: 09-668 4418 / 011-12885918