KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi penghormatan dan kepercayaan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk menjadi tuan rumah Karnival STEM 2018.

Karnival yang julung kali diadakan itu adalah kerjasama strategik pihak JPNT, UMT, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan SASBADI telah dirancang sebaiknya bagi mencapai objektif dalam memperkasakan STEM dikalangan pelajar.

Profesor Dr. Aziz bin Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Sains Asas, UMT turut mengucapkan syabas kepada KPM selaku penganjur karnival kerana telah mengambil langkah positif dengan menganjurkan pertandingan dalam pelbagai kategori melibatkan pelajar sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM) seluruh negeri Terengganu.

“Penganjuran Karnival STEM dan kerjasama strategik yang telah terjalin di antara pelbagai agensi ini, diharap  berjaya merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan lagi pendidikan STEM dan mengembangkan bakat dan potensi murid selaras dengan  kehendak falsafah pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia seterusnya kerajaan Malaysia”.

”Perkembangan STEM di Malaysia sudah menjadi semakin rancak mutakhir ini dengan pelbagai inisiatif dirancang dan dijalankan samada di peringkat sekolah malahan di Pusat Pengajian Tinggi”.

Sementara itu Tuan Haji Ngah bin Bidin, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT dalam ucapannya berkata penganjuran karnival pada tahun ini di bawah Inisiatif #49 Pengukuhan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk minat murid-murid dalam bidang STEM. Selain Karnival STEM, Program Mentor Mentee STEM turut mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan. Malah kerjasama antara UMT dan JPNT telah terjalin dalam beberapa bidang pendidikan khususnya bidang STEM.

Karnival yang bermula pada 21 hingga 22 Julai 2018 melibatkan seramai 948 terdiri daripada murid-murid dan guru-guru sekolah rendah dan menengah daripada seluruh negeri Terengganu. Program ini menyaksikan lapan kategori dipertandingkan diperingkat sekolah rendah dan menengah. Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan.

Johan kategori Reka cipta dan Inovasi STEM disandang oleh SK Batu 48, Dungun dan SM Imtiaz, Kuala Terengganu. Manakala johon pertandingan Roket Air pula disandang oleh SK Sura, Dungun dan SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu. Bagi pertandingan Projek Video Digital STEM dijuarai oleh SMK Ibrahim Fikri, Kuala Nerus. Pertandingan bercerita STEM dan pertandingan STEM Action Song dimenangi oleh SK Pusat Chabang 3 dan SK Sultan Sulaiman. Manakala bagi pertandingan Bengkel Inovasi Kapal Terbang Kawalan jauh pula dijurai oleh SMK Lembah Bidong, Setiu.

 

Info Tambahan

Bil.

Kategori

Johan

Naib Johan

Ketiga

1

Pertandingan Reka cipta dan Inovasi STEM (SR)

SK BT 48, Dungun

SJKC Chukai, Kemaman

SK Darau, Besut

2

Pertandingan Reka cipta dan Inovasi STEM (SM)

SM IMTIAZ, KT

SBPI Batu Rakit, Kuala Nerus

SM Sains, Setiu

3

Pertandingan Roket Air(SR)

SK Sura, Dungun

SK Kuala Berang, Hulu Trg

SK Putera Jaya, Setiu

4

Pertandingan Roket Air (SM)

SMK Sultan Ahmad, KT

SMK TG. Ibrahim, K. Nerus

SMK Chukai, Kemaman

5

Pertandingan Projek Video Digital STEM (SM)

SMK Ibrahim Fikri, Kuala Nerus

SMK Padang Negara, KT

SMK Kijal, Kemaman

6

Pertandingan bercerita STEM (SR)

SK Pusat Chabang 3, KT

SK IPG Dato’ Razali, K. Nerus

SK Paka, Dungun

7

Pertandingan STEM Action Song (SR)

SK Sultan Sulaiman, KT

SK Teluk Ketapang, K. Nerus

SK Seri Paka, Dungun

8

Bengkel Inovasi Kapal Terbang Kawalan jauh (SM)

SMK Lembah Bidong, Setiu

SM Sains Sultan Mahmus, K. Nerus

SM Imtiaz, Besut

 

Untuk keterangan lanjut:

Dr. Laili Binti Haji Che Rose

Pengarah

Pusat Asasi STEM

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6683908

Emel : laili@umt.edu.my

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

                                                                                Tel : 09-6684418/4261

                                                                                       Emel:rozita.alias@umt.edu.my