UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT semarak semangat merdeka

UMT semarak semangat merdeka

Thursday, 18/08/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berlangsung hari ini dalam suasana penuh semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

 

Pelancaran disempurnakan Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar itu diadakan secara fizikal selepas pelancarannya secara maya dibuat pada tahun lalu akibat pandemik.

Menurutnya, rakyat Malaysia khususnya mahasiswa perlu menghayati bulan kemerdekaan dan mempunyai semangat patriotisma yang tinggi.

 

“Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

 

“Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya mahasiswa menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk”.

 

Sejumlah 500 Jalur Gemilang berjaya diedarkan kepada semua kenderaan yang memasuki kampus UMT sepanjang majlis pelancarannya yang berlangsung selama dua jam bermula jam 7.30 pagi.

 

Pelbagai acara menarik bakal dianjurkan UMT dalam usaha menyemarakkan semangat cintakan negara seperti kayuhan merdeka, Sukan Rakyat, pertandingan poster bertemakan kemerdekaan dan lain-lain.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu