UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT LANCAR PLAT KENDERAAN KHAS

UMT LANCAR PLAT KENDERAAN KHAS

Sunday, 05/07/2020

Share This Article :

Kuala Nerus, 5 Julai 2020- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melancarkan plat kenderaan khas UMT melalui inisiatif Pusat Keusahawanan dan Alumni.

Melalui pelancaran plat khas ini, UMT menjadi institusi pengajian tinggi ke empat di negara ini yang telah mendapat kelulusan rasmi dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian  Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneruskan penjualan plat kenderaan tersebut.

Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar berkata UMT telah melancarkan sistem bidaan atas talian iaitu eBida, yang merupakan sistem bidaan untuk proses penjualan nombor plat yang lebih telus dan cekap.

“Bidaan fasa pertama dibuka bermula pada 5 Julai 2020 pada jam 1.00 petang hingga 12 Julai 2020 jam1.00 petang.”

“Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada kakitangan, alumni, komuniti dan orang awam (individu atau syarikat) untuk memiliki secara eksklusif nombor pendaftaran khas kenderaan UMT.”

“Setiap bidaan nombor yang dikategorikan kepada Platinum RM55,000,  Golden RM20,000, Super Silver RM5,000 dan Silver RM300 itu  boleh dibuat melalui laman sesawang ebida.umt.edu,my,” katanya.

Tambahnya, anggaran penjanaan pendapatan sebanyak RM5juta ke atas inisiatif keusahawanan ini akan memberi manfaat kepada pembangunan penyelidikan dan Alumi UMT.

Nombor bidaan yang berjaya dibida sah didaftarkan dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh keputusan bidaan berjaya dikeluarkan tertakluk kepada peraturan semasa JPJ. Nombor plat khas tersebut akan bermula dari UMT 1 hingga UMT 9999.

JPJ telah membenarkan UMT untuk membuka bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan UMT pada tahun 2020 sehingga tahun 2023 selama 3 tahun.

Mengulas lanjut, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni berkata di bawah pengurusan iCreate-UMT telah melantik Persatuan Alumni UMT  dan UMT Jaya Holdings sebagai agen promosi yang sah bagi nombor pendaftaran khas Kenderaan UMT.

UMT turut menawarkan perkhidmatan ini kepada mana-mana institusi pengajian tinggi, individu atau syarikat yang berminat, bagi membantu usaha-usaha penjanaan.

Hadir sama, Presiden Persatuan Alumni UMT merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU),  Mohd Khairul Hakimi Mohd Nawi.

 

Maklumat Tambahan:

Pembida boleh mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat mengenai bidaan dengan 2 agen sah yang dilantik oleh UMT iaitu Persatuan Alumni UMT dan UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.

•        Persatuan Alumni UMT

013- 920 8681 (Encik Khairul Hakimi bin Mohd Nawi)

 

•        UMT Jaya Holdings Sdn Bhd

012-611 2408 (Encik Mohd Fikri bin Mohamad Zulkifli)

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu