UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT DI TANGGA 338 DALAM “UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKING” 2020

UMT DI TANGGA 338 DALAM “UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKING” 2020

Thursday, 10/12/2020

Share This Article :

Kuala Nerus, 09 Disember 2020- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah melalui pengiktirafan sebagai universiti ke-338 Paling Lestari di Dunia dalam penarafan kelestarian kampus terkemuka dunia “UI GreenMetric World University Rankings” (UIGM) bagi tahun 2020. Terdahulu, UMT buat pertama kali tersenarai di kedudukan 195 universiti terbaik dalam Asia berdasarkan Laporan QS Asia University Rankings 2021.

Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT berkata UIGM merupakan platform penarafan prestasi kelestarian kampus secara atas talian yang disertai sejumlah 912 universiti dunia (peningkatan sebanyak 132 universiti berbanding 2019) daripada 84 negara.

Tambahnya lagi UIGM menilai prestasi institusi pengajian tinggi dunia melalui 6 indikator berikut: Landskap dan Infrastruktur, Tenaga dan Perubahan Iklim, Pengurusan Sisa, Pengurusan Air, Pengurusan Pengangkutan, dan Pendidikan dan Penyelidikan (Kelestarian).

“Pada tahun 2019 UMT berada di kedudukan 403 iaitu kenaikan sebanyak 65 anak tangga berbanding tahun lepas dan ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga UMT”.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga staf dan pelajar atas usaha keras, komitmen dan sokongan semua dalam merealisasikan aspirasi dan kejayaan UMT dalam semua bidang terutamanya dalam menjadikan kampus UMT sebagai kampus yang lestari dan mesra alam”.

Keterangan lanjut hubungi:

Puan Aini Zahida binti Din

Sekretariat UI GreenMetric

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tel: 09-66184475

Emel: ainizahida@umt.edu.my

 

Disediakan oleh:

Rozita binti Alias @ Abdul Latiff

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu