UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT, UTAR METERAI KERJASAMA PINTAR

UMT, UTAR METERAI KERJASAMA PINTAR

Monday, 10/01/2022

Share This Article :

KUALA NERUS, 6 Januari – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengukuhkan kolaborasi dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam pembangunan teknologi penternakan ikan serta pengkomersilan.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata jalinan kerjasama strategik antara dua universiti itu telah bermula sejak dua tahun lalu.

 

“Kerjasama yang terjalin antara UMT dan UTAR bukan perkara baharu, sejak tahun 2020 lagi. Antara focus kerjasama kali ini iaitu melalui projek geran padanan melibatkan bidang penternakan ikan yang mampan ke arah pengkomersialan.

 

“MoU ini juga sebagai platform perkongsian kepakaran meliputi penyelidikan, pemindahan ilmu, keusahawanan, program tanggungjawab sosial universiti, pertukaran pelajar dan staf serta peluang libaturus dalam siri penganjuran bengkel, seminar dan persidangan. 

 

Majlis itu menyaksikan dokumen MoU ditandatangani oleh pihak UMT iaitu diwakili oleh Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar dan UTAR, Ir. Prof. Dr. Ewe Hong Tat (Presiden).

 

Menurut Prof. Dr. Mazlan, pihaknya berterima kasih kepada UTAR dalam membantu UMT menyumbang kepakaran bagi mewujudkan e-Fulfillment Centre.

 

“Selain itu, UMT turut menyambut baik kepakaran UTAR dalam membantu UMT untuk merealisasikan penubuhan e-fulfilment centre dalam kampus UMT.

 

“Pusat ini dijangka dapat memberi peluang kepada staf, pelajar dan alumni UMT untuk menjalankan aktiviti pengurusan logistik barangan, keusahawanan, latihan praktikal dan mewujudkan peluang pekerjaan.

 

Tambah beliau, kerjasama pintar itu akan memberi impak besar serta meningkatkan peranan universiti sebagai institusi pendidikan tinggi, menjana pengetahuan dan teknologi serta memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan negara.

 

Disediakan oleh:

 

Siti Nurhasmira Abu Hassan

Pegawai Tadbir

Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri

Universiti Malaysia Tererengganu

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu