UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

ASASI STEM UMT ULANGI KEGEMILANGAN DI MTE2020

ASASI STEM UMT ULANGI KEGEMILANGAN DI MTE2020

Monday, 24/02/2020

Share This Article :

Pusat Asasi STEM UMT mengulangi kejayaan gemilang  MTE 2019 pada tahun lalu, kali ini telah berjaya merangkul 2 pingat emas , 1 pingat perak dan kejayaan berganda apabila turut memenangi Special Award di dalam Pertandingan Asian Youth Innovation Award bersempena penganjuran Malaysian Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari lalu.

MTE 2020 yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak yang berpayungkan minat, misi serta visi yang sama dalam menghasilkan inovasi di dalam pelbagai bidang terutamanya bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) sekaligus mempromosikan STEM di segenap lapisan masyarakat. Penyertaan bukan sahaja terdiri daripada daripada negara Malaysia tetapi juga terdiri daripada beberapa negara luar seperti Indonesia, Vietnam, Iran dan beberapa negara lain lagi. ,

3 Projek Inovasi yang dihasilkan daripada Pusat Asasi STEM UMT adalah bertajuk STEM Port 4.0 (kategori Machinery, Equipment and Tools),  OOB- Bull- Jack (kategori Manufacturing Process and Advanced Material) dan Geranium Airfreshner (kategori Protection of the Environment, Energy, Water, Sanitation  and Green Technology).  Pingat emas diperolehi daripada projek bertajuk OOB- Bull- Jack di mana Oob-Bull-Jack adalah singkatan daripada ‘Oobleck Bulletproof Jacket’. Projek ini adalah untuk memperkenalkan komponen kalis peluru yang menggunakan ‘Non-Newtonian fluid’ iaitu oobleck. Projek ini telahpun di dalam proses untuk dipaternkan dan kemenangan berganda  apabila OOB-Bull-Jack telah diumumkan memenangi anugerah Special Award for The OutStanding Innovation oleh Croatian Inventors Network.

Reka bentuk STEM PORT 4.0 adalah diinspirasikan daripada struktur rekabentuk pelabuhan Shanghai, Pelabuhan Singapura dan Perlabuhan Busan.Tujuan pengghasilan diorama pelabuhan ini adalah mencipta sebuah perlabuhan baharu atau menaiktaraf perlabuhan sedia ada untuk memenuhi kehendak revolusi industri 4.0

Geranium Airfreshner  pula menghasilkan  produk untuk mengelakkan nyamuk di sekitaran di samping dapat mengurangkan penggunaan gegelung nyamuk dan semburan aerosol kerana kedua-dua produk memberi impak buruk kepada persekitaran.

Menurut kata Pengarah Asasi STEM UMT, Prof Madya Dr Laili Haji Che Rose yang juga merupakan ketua projek bagi pertandingan ini,  “ Kejayaan Asasi STEM di dalam MTE 2019 berulang sekali lagi di MTE 2020. Kalau di tahun 2019, Asasi STEM UMT berjaya menggondol 3 pingat emas di dalam Pertandingan program STEM, tahun 2020 ini, Asasi STEM sekali lagi cemerlang di dalam penghasilan projek inovasi dengan mendapat 2 pingat emas dan 1 pingat perak dan amat membanggakan sekali apabila salah satu projek telah diangkat mendapat anugerah special award.’. Katanya lagi “ Asasi STEM UMT yang telah memulakan mengambil pelajar bermula 2018, telah berjaya menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak di dalam mata pelajaran STEM, tetapi turut memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan idea-idea baru  seterusnya  diberi peluang untuk masuk ke pertandingan seumpama ini. Saya percaya, dengan peluang begini, Asasi STEM UMT dapat menghasilkan pelajar yang lebih holistik dan lebih bersedia berhadapan dengan kehidpan yang lebih realistik dan ke arah IR4.0.”

Pusat Asasi STEM (PASTEM) UMT memulakan ambilan pertama pelajar seramai 60 orang ke program asasi STEM bermula tahun 2018. Pelajar tersebut kini sudahpun memulakan  pengajian sarjana muda mereka di UMT di dalam bidang STEM. Dan kini, PASTEM  mempunyai bilangan pelajar seramai 89 orang. Mereka akan meneruskan ke peringkat sarjana muda di UMT bermula September nanti . Menariknya, PASTEM  menawarkan program Asasi STEM bukan sahaja kepada calon lepasan sains tulin tetapi juga memberi laluan kepada calon lepasan SPM bukan sains tulin. Pelajar golongan ini telah membuktikan mereka juga mampu mendapat keputusan yang baik walaupun tidak mengambik mata pelajaran sains tulin seperti Kimia, Fizik dan Biologi sebaliknya mengambil matapelajaran  Sains dan Matematik Tambahan.