UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

JARINGAN KERJASAMA UMT-PETRONAS MANFAATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNIVERSITI AWAM PANTAI TIMUR

JARINGAN KERJASAMA UMT-PETRONAS MANFAATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNIVERSITI AWAM PANTAI TIMUR

Thursday, 14/09/2023

Share This Article :

Kuala Terengganu – Hubungan keserakanan di antara Universiti dan Industri diraikan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menerusi penganjuran bersama program PETRONAS BeDIGITAL Bootcamp 2023 Zon Timur.   

Menerusi program ini juga, seramai 50 orang peserta akan turut menerima tawaran kerja bersama pihak PETRONAS selesai tamat pengajian di Universiti masing-masing.

Program PETRONAS BeDIGITAL Bootcamp merupakan program jaringan kerjasama PETRONAS bersama universiti-universiti awam di Malaysia yang memfokuskan kepada pengembangan bidang digital dan keusahawanan yang dikendalikan oleh Petronas Digital Sdn. Bhd. serta pelbagai rakan kongsi seperti Microsoft, Seed.Lab dan Petrosains yang selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu memperkasakan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Program julung kalinya diadakan di Zon Timur ini yang bertempoh 14 hari telah dilaksanakan di kampus UMT selaku penganjur bersama dan penglibatan seramai 100 peserta dari lima (5) buah Universiti Awam di Zon Timur iaitu UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program ini selaras dengan agenda utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi dalam memperkasa mahasiswa di Malaysia. Peserta program dibimbing dalam pelbagai modul pengajaran agar lebih bedaya saing dalam menghadapi alam pekerjaan kelak dan pada masa yang sama dapat memenuhi aspirasi KPT yang menyasarkan para graduan dapat mencapai gaji pekerjaan premium yang dikenalpasti.

Majlis penutup program PETRONAS BeDIGITAL Bootcamp ini telah diadakan pada 13 September 2023 yang lalu dengan kehadiran Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Teknologi PETRONAS iaitu Datuk Bacho Pilong bersama-sama wakil Pengurusan Utama dari Universiti-universiti Awam yang terlibat.

 

Disediakan oleh :

Nur Aaminah Azhar

Pusat Keusahawanan & Kerjaya (CEC)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu