UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

PROF. MADYA DR. HAFIZ ZAKARIYA DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) UMT BAHARU

PROF. MADYA DR. HAFIZ ZAKARIYA DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) UMT BAHARU

Sunday, 01/12/2019

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) baharu, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya berkuatkuasa Disember 2019.

 

Pelantikan itu bagi menggantikan Prof. Ts. Dr. Mohd Che Ruzaidi Ghazali yang telah tamat tempoh perkhidmatan November lalu.

 

Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya merupakan ahli akademik yang berkhidmat di sebuah Universiti Islam Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian Doktor Falsafah di University California, Santa Barbara pada 2006.

 

Kepakaran yang dimiliki beliau dalam perkembangan sejarah islam dan budaya telah mendapat pengiktirafan dan juga diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Institut Tamadun Islam Antarabangsa dan Dunia Melayu, (ISTAC).

 

Sumbangan beliau berkaitan perkembangan islam dan penyelesaian krisis pergolakan yang berlaku di luar negara sering mendapat perhatian pihak media.

 

Selain pernah dilantik sebagai panelis forum antarabangsa, beliau juga aktif dalam pelbagai penulisan jurnal akademik, persidangan dan prosiding.

 

Bagi meningkatkan kepakaran dan pencapaian, beliau juga merupakan anggota dalam beberapa badan persatuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Asian Association of World History, Malaysian Historical Association, World History Association (USA), Middle East Studies Association (North America) dan lain-lain.

 

UMT mengalu-alukan kedatangan beliau dan akan sentiasa memberi sokongan padu bagi memacu kecemerlangan UMT ke tahap yang lebih tinggi.

 

Dikeluarkan Oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu