UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

‘We are not followers. We are trendsetters’ Says Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman

‘We are not followers. We are trendsetters’ Says Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman

Thursday, 23/01/2020

Share This Article :

KUALA NERUS – “Kita tidak mahu lagi di pandang rendah kerana tidak membantu dunia akademik negara. Untuk 2020, Kita merancang bukan sekadar membantu. Kita mahu beri lebih dari itu. “We are not follower. We are trendsetter”. Kata Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMT dalam Majlis Amanat 2020 di Dewan Sultan Mizan UMT.

 

Dalam majlis tersebut, beliau menunjukkan kesungguhan dalam membawa perubahan dan menyarankan kepada semua lapisan warga kerja UMT untuk melaksanakan pengurusan yang lebih berhikmah juga sedar pada tanggungjawab dan menjulang tinggi integriti.

 

“Pengurusan yang peka pada perubahan dan bersedia untuk berubah. Pengurusan yang tidak berat sebelah dan sentiasa seimbang. Pengurusan yang kekar dengan matlamat dan berusaha sehabis baik mencapainya”.

 

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 warga kerja UMT yang merupakan penggerak perubahan dalam mendepani cabaran tahun 2020.

 

Prof. Azuan turut menekankan sasaran yang perlu dicapai pada tahun 2020 iaitu Penyelidikan, Pengajaran dan Perkhidmatan.

 

“Berubahlah dengan kadar segera. Ini zaman baharu. Untuk itu, bagi memastikan kita menggunakan kekuatan dalaman yang kita ada, ingin saya kongsikan di sini, LNPT pada tahun 2020 adalah hanya akan menekankan kepada aspek Research, Teaching dan Service sahaja. No time to waste, make haste!”.

 

Bagi merealisasikan pembangunan dan pencapaian cemerlang akan datang, beliau menyeru seluruh warga UMT perlu sedar bahawa tahun 2020 adalah tahun yang berbeza yang mana memerlukan komitmen bersama.

 

Tambahnya lagi, beliau berharap agar tahun 2020 memberi makna yang besar dan sebagai langkah bagi membawa kejayaan kepada UMT dan seterusnya untuk tahun-tahun mendatang.

 

Dalam majlis yang sama, Prof. Ir. Dr. Azuan juga menerima pensijilan MS ISO, QMS dan ISMS oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd yang disampaikan oleh Mohd Hamim Iman Mustain, Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Pensijilan SIRIM.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu