UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT agih dana permulaan perniagaan kepada Usahawan Siswa

UMT agih dana permulaan perniagaan kepada Usahawan Siswa

Tuesday, 21/03/2023

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan skim bantuan dana perniagaan kepada mahasiswa terpilih.

Inisiatif yang dinamakan sebagai Program Bantuan Modal Permulaan Perniagaan Pelajar UMT merupakan kesinambungan bagi Kursus Asas Keusahawanan yang merupakan kursus teras universiti dan perlu diambil oleh semua pelajar UMT. 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Dr. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata pengurusan universiti membuka peluang itu bagi menyokong minat pelajar dan hasrat universiti.

“Kita dapat maklum balas daripada mahasiswa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, namun kekurangan modal.

“Selaras dengan kursus asas keusahawanan yang ditawarkan di UMT, pihak UMT meluluskan sejumlah peruntukan untuk dijadikan modal kepada mahasiswa yang telah mempunyai strategi perniagaan, produk yang berpotensi serta dibimbing oleh coach yang juga pensyarah dalam bidang keusahawanan.

“Program ini sekaligus melengkapkan ekosistem keusahawanan di UMT di mana pelajar bukan sahaja di dedahkan dengan teori keusahawanan tapi mereka berpeluang untuk melaksanakan idea perniagaan mereka serta mengaplikasikan platform e-commerce yang akan membantu mereka seiring dengan perkembangan teknologi IR 4.0 pada masa kini.

Tambahnya, usaha itu juga sebagai langkah terbaik dalam mengubah perspektif pelajar untuk menjadi sebagai job creator selaras dengan dengan Pelan Tindakan Keusahawanan KPT (2021-2025).

Sementara itu, penerima dana permulaan perniagaan, Siti Anis Sabrina Sukri teruja kerana terpilih bagi program yang bermakna itu.

“Saya berkecimpung dalam perniagaan beberapa tahun lalu. Pelbagai produk telah saya cuba niagakan. Sekarang, saya fokus kepada pakaian seperti BAJU KURUNG, KURTA, BLOUSE, SUIT, TUDUNG DAN aksesori lain.

“InsyaAllah, saya cuba gandakan pulangan melalui sumber dana yang diberikan dan seterusnya meluaskan lagi perniagaan kepada skala lebih besar.

“Bantuan ini sangat bermakna untuk mahasiswa seperti saya yang ingin menjalankan perniagaan bagi bagi menampung perbelanjaan di kampus dan ia wajar diteruskan sebagai galakan kepada kumpulan pelajar lain menceburi bidang perniagaan dan keusahwanan”.

Pelajar tahun dua, program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) Dengan Kepujian itu antara 13 mahasiswa yang terpilih menerima dana permulaan perniagaan berjumlah RM13,000.00.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu