KUALA NERUS – Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT menganjurkan Hari Terbuka PSNZ (POD 2018) bagi memberi peluang kepada semua warga UMT dan komuniti sekitar untuk berinteraksi dengan warga kerja PSNZ berkaitan pelbagai perkhidmatan yang disediakan sebagai pusat sumber rujukan ilmu.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 Oktober 2018 itu merupakan penjenamaan semula bagi program Bulan Membaca yang telah diadakan secara tahunan sejajar dengan sambutan program Bulan Membaca peringkat kebangsaan. 

Ketua Pustakawan PSNZ, Abu Hassan Ghazali berkata pertukaran konsep program ini selari dengan fungsi semasa perpustakaan yang lebih memfokuskan kepada penyediaan maklumat-maklumat terkini dan mesra pelanggan.

“POD 2018 diadakan bertujuan bagi mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama di antara PSNZ dengan pelanggan yang terdiri daripada peringkat pelajar sekolah sehingga golongan elit.

“Penganjuran ini juga sebagai medium hebahan kepada pelanggan mengenai perkhidmatan dan kemudahan baharu yang ditawarkan oleh perpustakaan.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang POD 2018 bagi menarik minat pengunjung.

Antara aktiviti yang disediakan seperti Karnival Jualan dan Food Truck, Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pameran & Jualan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pameran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak, Indoor & Outdoor Game, Dialog Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jom Derma Darah dan lain-lain.

“Dengan adanya program ini diharap dapat menggalakkan kunjungan pelanggan ke Perpustakaan sekaligus menyuburkan budaya membaca di kalangan warga kampus”. Ujar beliau.

 

Untuk keterangan lanjut :

Haji Abu Hassan Ghazali

Ketua Pustakawan

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09-6684294

Emel : ahg@umt.edu.my

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu