UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT, PDRM dan MCPF berkolaborasi banteras jenayah ‘scam’

UMT, PDRM dan MCPF berkolaborasi banteras jenayah ‘scam’

Monday, 17/10/2022

Share This Article :

Kes penipuan atas talian dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Jumlah kes penipuan atau lebih dikenali dengan ‘scammer’ menunjukkan lebih 10,000 kes yang dilaporkan pada tahun 2022. Angka itu meningkat disebabkan pelbagai faktor seperti kecanggihan capaian maklumat melalui pelbagai platform perkongsian digital.

Justeru, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil langkah berani mengetengahkan isu penipuan ‘scammer’ melalui penganjuran program “Bicara Tokoh dan Town Hall Discussion :’scammer’ Semakin Bijak”.

Antara penipuan atas talian yang sering diperalat oleh ‘scammer’ seperti penjualan barangan secara online, perjudian online, pinjaman Ah Long, aktiviti teka dan menang, ugutan kesalahan jenayah pihak berkuasa dan lain-lain.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, penganbjuran itu dilaksanakan secara kolaborasi antara UMT, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

“Antara fokus program town hall ini adalah bagi menyuntik semangat dan membangkitkan kesedaran kepada semua pihak termasuk pelajar, orang ramai, kakitangan awam dan swasta serta komuniti mengenai bahayanya aktiviti ‘scammer’ ini.

“UMT turut memberikan kerjasama berperanan dalam mendidik masyarakat terutamanya golongan pelajar tentang kepentingan keselamatan dalam menangani isu tersebut”. Beliau berkata ketika berucap bagi mewakili Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, Naib Canselor UMT.

Katanya, usaha membanteras aktiviti jenayah perlu dilakukan secara bersama-sama melalui kolaborasi strategic pihak berkuasa serta NGO bagi menyekat daripada jenayah siber itu semakin tidak terkawal.

“Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran pelajar untuk bahayanya aktiviti ‘scammer’.

“Kepada semua pihak, saya amat berharap agar kita semua sentiasa dapat memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam menyokong pembenterasan aktiviti “scammer’ secara besar-besaran”.

Turut hadir dalam program perkongsian tersebut iaitu Komisioner Polis, Dato’ Aidi Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Dato’ Sri Wira Ayub Yaakob, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato’ Dr. Mustapha Ahmad S Marican, Pengerusi MCPF Terengganu, Senior Assistant Komisioner Dato’ Wan Rukman Wan Hassan, Timbalan Ketua Polis Terengganu serta ketua-ketua jabatan negeri Terengganu.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu