UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

STEM PLUS UMT Diangkat Dalam Mentor Mentee Award Peringkat Kebangsaan

STEM PLUS UMT Diangkat Dalam Mentor Mentee Award Peringkat Kebangsaan

Sunday, 11/03/2018

Share This Article :

UMT telah diumumkan sebagai pemenang tempat kedua daripada 46 penyertaan yang terdiri daripada universiti awam dan berjaya membawa pulang sebuah piala, siijil dan wang tunai sebanyak RM2000 dalam Pertandingan Award Mentor Mentee peringkat kebangsaan anjuran National STEM Movement dan MACRI.Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB P. Kalamanathan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena Malaysian Technology Expo (MTE) pada 22-24 Februari 2018.Kumpulan UMT yang diketuai oleh Dr. Laili Che Rose, Pengarah Asasi STEM UMT bersama fasilitator dan mentor yang merupakan pelajar UMT ini memfokuskan kepada Modul STEMPLUS telah berjaya menerbitkan empat siri modul utama iaitu sains, teknologi, kejuruteraan,  matematik dan dua modul Bahasa Inggeris dan modul bidang tujahan UMT yang melibatkan sains kelautan serta sumber akuatik.Menurut Pengarah STEM UMT, Dr. Laili Che Rose berkata keunikan modul STEMPLUS UMT bukan sahaja terletak kepada penekanan yang diberikan kepada pelbagai mata pelajaran berkaitan STEM tetapi juga kepada bahasa Inggeris yang merupakan bahasa penghantar untuk kebanyakan bahan rujukan dan bacaan bagi bidang STEM.“Kami harap agar modul bahasa Inggeris yang merupakan modul tambahan STEMPLUS dapat membantu mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah di Terengganu disamping memupuk minat mendalam mereka kepada bidang STEM”.Tambahnya, Modul STEMPLUS UMT yang dilancarkan oleh YB Dato Dr. Mary Yap Kain Ching dua tahun lalu digunakan dalam Program Mentor Mentee STEM secara menyeluruh sebagai bahan latihan  di sembilan buah sekolah angkat STEM UMT melibatkan 720 mentee, 144 mentor dan 33 pensyarah STEM.Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato Nor Aeini Mokhtar mengulas kejayaan ini merupakan perkembangan positif sebagai sebuah Universiti komprehensif yang menyokong penuh aspirasi kerajaan dalam mencapai sasaran agenda STEM Negara, khususnya melalui pendekatan program mentor mentee yang bertujuan melahirkan barisan pelapis bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mempertingkatan kemahiran insaniah mereka khasnya kemahiran berkomunikasi dengan efektif, berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran  berfikir pada aras tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills (HOTS) yang sangat diperlukan generasi muda ini untuk berdepan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0”.Kajian STEM 2017 membuktikan bahawa berlakunya peningkatan jumlah pelajar di kalangan pelajar sekolah angkat UMT yang memilih aliran sains serta pertambahan kelas aliran sains di sekolah tesebut.Tambah Prof. Nor Aieni lagi, UMT akan membuat pengambilan pelajar Asasi STEM pertama pada sesi Jun 2018 sebagai langkah proaktif bagi melahirkan pelajar STEM cemerlang untuk calon ke peringkat ijazah.