UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Perlindungan dan hak pengguna kini lebih jelas

Perlindungan dan hak pengguna kini lebih jelas

Monday, 15/02/2021

Share This Article :

Kuala Nerus, 15 Feb. – Masyarakat hendaklah sentiasa berhati-hati dalam pembelian produk terutamanya melibatkan pembelian barangan atau peranti perubatan semasa pandemik Covid-19 kerana terdapat segelintir pengeluar yang cuba mendapat keuntungan yang cepat dengan pengeluaran yang merbahaya pada pengguna. Buku yang mengupas peruntukan hak pampasan pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberi sedikit sebanyak gambaran bagaimana suatu tuntutan dan cabaran dihadapi dalam tuntutan terhadap pengeluar akibat kecederaan atau kesan sampingan yang serius produk perubatan yang defektif.

Buku yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Rosol Wahid itu merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar dan Prof. Madya Dr. Rahmah Ismail mengenai produk perubatan terutamanya liabiliti pengeluar produk perubatan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

YB. Dato’ Rosol dalam ucapannya menyarankan masyarakat agar berhati-hati dalam membuat pembelian terutamanya melibatkan barangan atau peranti perubatan semasa pandemik.

“Saya telah meneliti isi kandungan “Buku Liabiliti Pengeluaran Produk Perubatan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999”

“Menyedari betapa pengguna mudah terperdaya melalui promosi dan iklan yang “overclaim” keberkesanan sesuatu produk, pihak Kementerian sedang menjalankan kajian untuk menambahbaik Dasar Pengguna Negara (DPN) yang digubal pada tahun 2002 dan Pelan Induk Pengguna (PIP) yang dibuat pada tahun 2003 untuk memastikan ianya bersesuaian dengan keperluan semasa, agar kekal relevan dan dapat melindungi kepentingan pengguna di negara ini.

“Pastikan produk kesihatan yang dibeli telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan label yang terdapat pada produk adalah asli serta sah”

“Sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP menerusi pelbagai medium yang disediakan seperti whatsapp, talian bebas tol dan lain-lain.

Dr. Fahirah Syaliza turut menjelaskan berkaitan kaedah serta keperluan sekiranya individu berhasrat untuk membuat aduan dan tuntutan berkaitan produk yang dibeli. “Bagi tuntutan di bawah Akta Pelindunga Pengguna 1999, pengguna hendaklah memastikan tiga perkara ini dipenuhi, pertama produk perubatan itu cacat sama ada kecacatan pengilangan, kecacatan rekabentuk, kecacatan pelabelan dan development defects. Kedua, pengguna mengalami kecederaan atau kesan sampingan yang serius dan ketiga pengguna hendaklah buktikan kecederaan yang dialami itu adalah disebabkan oleh produk yang cacat tersebut.

 

 

 

 

 

 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata pelancaran buku itu selaras dengan aspirasi kerajaan.

“Buku ini adalah selaras dengan matlamat dan aspirasi pihak kerajaan dalam langkah-langkah membawa Malaysia ke arah menjadi negara yang mempunyai perundangan liabiliti keluaran yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna sekaligus menyumbang pada Sustainable Development Goal (SDG) yang ke enam belas iaitu “Promote just, peaceful and inclusive societies”. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu