UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

PISM UMT lokasi kursus haji pertama tahun 2022

PISM UMT lokasi kursus haji pertama tahun 2022

Monday, 23/05/2022

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi tuan rumah bagi penganjuran kursus haji kepada hampir 700 bakal Jemaah haji tahun 2022.

Penganjuran kursus peringkat negeri Terengganu itu hasil usaha sama strategik antara Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT dengan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

PISM UMT melalui pengarahnya, Dr. Riswadi Azmi berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima tawaran kerjasama untuk kebaikan ummah.

“Pusat Islam Sultan Mahmud merupakan institusi agama yang menjadi pusat aktiviti ibadat bagi pelajar, staf mahupun orang awam.

“Kursus persediaan kepada bakal Jemaah haji yang dianjurkan di sini juga bertepatan dengan keperluan dari segi kemudahan fasiliti, ruang, keselesaan dan mesra Jemaah.

“Penyediaan replica kaabah dan peralatan lain mirip suasana di Mekah menjadikan Jemaah lebih memahami serta menghayati kursus ini dengan sempurna agar memperoleh ibadat haji yang mabrur.

“Kami sangat mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke masjid bagi mengimarahkan rumah Allah ini.

“Kita juga menawarkan khidmat nasihat berkaitan perihal agama, kemusykilan, pandangan dan sebagainya.

Sementara itu, memetik kenyataan rasmi Tabung Haji, kursus itu dikhaskan kepada semua Bakal Haji kategori terpilih memfokuskan pelaksanaan ibadat haji secara praktikal.

Kursus Perdana Haji peringkat negeri Terengganu itu merupakan Kursus Perdana Haji yang pertama yang diadakan bagi tahun 2022.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu