UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT CEMERLANG DI 18TH BELT & ROAD ROYAL LANGKAWI INTERNATIONAL

UMT CEMERLANG DI 18TH BELT & ROAD ROYAL LANGKAWI INTERNATIONAL

Monday, 20/01/2020

Share This Article :

Pusat Latihan Pelayaran (PLP), Universiti Malaysia Terengganu telah menyertai 18th Belt & Road Royal Langkawi International Regatta (RLIR 2020) pada 6 hingga 11 Januari 2020 di Pulau Langkawi, Kedah.

Sebanyak tujuh kelas perlumbaan dipertandingkan dalam penyertaan kali ini iaitu Racing, IRC1, IRC2, Club Cruising, Sports Boat, Multihull dah Whitesail bagi RLIR 2020.

Menurut Izhar Bin Mohd Mustaat ketua pelayaran UMT,  sebanyak 30 pasukan dari seluruh dunia iaitu  Malaysia, Australia, Denmark, Austria, Jepun, Great Britain, Russia dan Singapura telah menyertai pertandingan ini .

Tambahnya lagi RLIR 2020 adalah penyertaan ketiga bagi UMT dan tahun ini 10 pelajar UMT turut dibawa untuk menimba pengalaman pada kejohanan bertaraf antarabangsa. UMT telah menyertai kejohanan bagi kategori Sport Boat dan telah mendapat tempat ketiga dengan kutipan mata sebanyak 28 point.

“Latihan untuk menghadapi pertandingan telah diadakan bermula Oktober 2019 lagi dan dibawah seliaan Pusat Latihan Pelayaran, UMT dan Majlis Sukan Negeri Terengganu”. Jelasnya.

Untuk rekod seramai 6 orang peserta telah mewakili UMT bagi RLIR 2020 iaitu Izhar Bin Mohd Mustaat, Y.M. Ku Anas Ku Zamil, Mohd Saifullah Bin Mohd Esa, Tuan Ahmad Shami Bin Tuan Zainuddin, Muhammad Nabihan Bin Nor Wandi dan Muhammad Amirul Aziq Bin Muhd Asril.

Izhar turut menjelaskan faktor utama mereka terpilih dan berjaya dalam kejohanan RLIR 2020 adalah sikap disiplin semasa latihan, kerjasama berpasukan yang erat dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

Matlamat dan harapan UMT pada kejohanan akan datang pihak UMT boleh mendapat tempat pertama bagi kategori yang dipertandingkan.

UMT amat bertuah apabila dua (2) pelajarnya telah diserap masuk bagi mewakili Pasukan Kapal Layar Dash bagi kategori White Sail dan telah mendapat tempat pertama dengan kutipan mata sebanyak 11 point. Pelajar tersebut ialah Nur Ayuni Binti Md Amin dan Ahmad Ali Bin Ahmad Hishamuddin.

Menurut Nur Ayuni Binti Md Amin beliau amat terkejut dan teruja apabila terpilih mewakili pasukan tersebut. Tambahan pula ramai bakat-bakat besar dipertandingkan.

“Saya amat bersyukur dan mengucapakan terima kasih kepada UMT kerana menyediakan ruang untuk saya melebarkan sayap dalam sukan ini”.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan di atas kerjasama dan saling menyokong”. Ujarnya.

 

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu