UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016

UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016

Thursday, 30/03/2017

Share This Article :

Skudai, Johor – Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya merangkul empat (4) anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016 yang berlangsung pada 25 Mac lalu bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Empat (4) anugerah yang berjaya dirangkul adalah Anugerah Kepimpinan Keusahawanan yang dimenangi oleh Mohd. Nurhanies Farissa Irwan bin Muhammad, Anugerah Kepimpinan Fakulti/Persatuan/Kelab yang dimenangi oleh Muhammad Fareeq Kumar bin Ulaghanathan dan bagi Anugerah Kepimpinan Program Kesukarelawan (Terbuka) telah dimenangi oleh Muhammad Asyraf Afif bin Ramli. UMT turut berjaya meraih kemenangan Anugerah Khas Ketua Pengarah KPT melalui Mohd Faizal A Wahab.

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah berprestij peringkat nasional yang digerakkan sebagai satu rangsangan menjurus kepada bidang kepimpinan dan kesukarelawanan anjuran KPT ini diadakan bagi mengiktiraf para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menunjukkan tahap pencapaian cemerlang luar biasa dalam bidang kokurikulum di samping akademik.

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar dan Naib Canselor Universiti Awam (UA) yang lain serta para pegawai tertinggi KPT.

Wartawan : Rosmawati Deraman, Pusat Komunikasi Korporat, UMT