KUALA BERANG – Pakar Pertanian Universiti Malaysia Terengganu (UMT) lahirkan usahawan baja menerusi program perkongsian dan pemindahan ilmu kepada usahawantani komuniti Kampung Pela, Ajil.

Program menaiktaraf kualiti kehidupan penduduk yang berimpak tinggi itu diadakan di Mini RTC Fertigasi Kampung Pela turut mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

Menurut Ketua Projek, Dr. Wan Zaliha Wan Sembok berkata penggunaan baja yang sesuai amat penting bagi mendapat hasil tuaian yang baik.

“Penghasilan baja bio daripada bahan buangan seperti tahi burung walit dan baja biowalit ini digabungkan dengan mikrob berguna seperti mikoriza.

 

“Program ini bagi membantu petani memasarkan biobaja dan cili ke pasaran glokal. Peningkatan hasil cili dua puluh peratus dan pengurangan lima puluh peratus kos operasi serta hasil jualan bajabio akan  meningkat jumlah pendapatan isi rumah para peserta.

 

“Selain itu, peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam penghasilan biobaja dan mampu menghasilkan biobaja keluaran sendiri dan seterusnya menjadi usahawan baja pada masa akan datang.

 

Tambahnya, kaedah pembungkusan juga penting untuk mengekalkan tahap kesegaran hasil tuaian.

“Pengendalian lepastuai hasil pertanian yang tepat yang merangkumi teknik pembungkusan dan penyimpanan lepastuai bagi menjamin kualiti hasil tuaian yang bermutu tinggi serta panjang jangka hayat di pasaran berdasarkan amalan pertanian baik diajarkan kepada para petani oleh para pensyarah dan pegawai pertanian yang terlibat.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar mengulas program pemindahan ilmu kepada komuniti seperti itu amat penting bagi mewujudkan kesedaran keterlihatan UMT diperingkat komuniti serta sebagai sumbangan UMT kepada komuniti sekitar.

 

 

 

Untuk keterangan lanjut :

 

DR. WAN ZALIHA WAN SEMBOK

Ketua Projek

Usahawantani HEVOTECH@Kampung Pela

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6684981

Emel : wzaliha@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu