UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

PM santuni rakyat Terengganu, mahasiswa di kampus UMT

PM santuni rakyat Terengganu, mahasiswa di kampus UMT

Sunday, 16/04/2023

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasminya ke negeri ini.

Kehadiran beliau bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani : Perdana Menteri bersama Rakyat Terengganu anjuran UMT bertempat di Dewan Sultan Mizan.

Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar serta barisan pimpinan negeri serta ketua-ketua jabatan di Negeri Terengganu.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar, pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus UMT bagi tujuan menyantuni rakyat Terengganu khususnya mahasiswa agar lebih dekat dengan pemimpin serta meraikan iftar bersama-sama.

“Saya bagi pihak UMT ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas kesudian hadir ke UMT bagi menyantuni rakyat terengganu pada petang ini.

Katanya, universiti yang diterajuinya itu telah melalui pelbagai peringkat revolusi ke arah pencapaian prestasi aras tinggi.

“UMT pada tahun ini telah mencapai umurnya yang ke 21 tahun. Ini telah menjadikan UMT beralih dari fasa emerging kepada matured university dan pastinya lebih mencabar.

Tambahnya, UMT sebagai sebuah universiti awam yang berfokuskan ilmu marin dan kelautan negara mempunyai misi yang sangat jelas dalam menjalankan kajian dari aspek sains dan sains sosial selari dengan slogan UMT, “Terokaan Seluas Lautan demi Kelestarian Sejagat”.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan acara penyerahan dana kewangan daripada beberapa badan kerajaan dan agensi korporat bagi menyokong usaha UMT menjalankan aktiviti penyelidikan dan kebajikan.

Antara agensi yang menyerahkan sumbangan kepada UMT iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank)(RM180,000.00), Bank Rakyat (RM 30,000.00), Etiqa Family Takaful Berhad (RM 182,900.00), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) (RM266,411.41), Rashid Hussein Bank (RHB)(RM10,000.00), AmBank Group Berhad (AMBANK) (RM45,900.00), Perumahan Kinrara Berhad (RM70,000.00) dan Takaful Malaysia Sdn. Bhd. (RM30,000.00).
Selain itu, UMT turut menerima dana berbentuk Geran Penyelidikan Kelestarian Pendapatan Universiti Awam melalui Zakat, Wakaf dan Endowment (Akept KPT- UMT) bernilai RM100,000.00.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri. Mohd Zuki Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta komuniti setempat.

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu.