UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT meningkat 134 tangga dalam UI Greenmetric 2021

UMT meningkat 134 tangga dalam UI Greenmetric 2021

Sunday, 19/12/2021

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus mengorak langkah dalam usaha menjadikan kampus itu sebagai kampus lestari sejajar dengan kerangka Pelan Strategik UMT.

Terbaharu, kampus UMT berjaya melangkah naik 134 tangga berbanding kedudukan terdahulu menjadikan university terkenal dalam bidang ilmu kelautan itu berada pada kedudukan 204 dalam penarafan UI Greenmetric 2021.

Naib Canselor UMT, Prof Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata peningkatan itu jelas menzahirkan kejayaan dalam setiap penambahbaikan yang dilakukan oleh warga UMT.

“Walaupun dilihat agak ‘muda’ berbanding universiti awam yang puluhan tahun lebih lama dari UMT, kita memiliki warga kerja yang berjiwa besar.

“Kejayaan ini juga hasil sumbangan secara kolektif dan aspirasi daripada semua pusat yang terlibat dan juga fakulti bagi memastikan kampus UMT kekal lestari.

Tambah beliau, keududukan terkini juga mebuktikan bahawa kampus itu telah mendapat pengiktirafan secara berterusan sepanjang lima tahun penyertaan UMT dalam penarafan UI Greenmetric.

Katanya, beberapa inisiatif akan diberi perhatian seperti sistem pengurusan air buangan, infrastruktur dan penyelidikan.

Selain itu, beliau berharap agar penubuhan Makmal Penyesuaian Perubahan Iklim (CCA) di UMT dapat membantu UMT bagi memastikan kampus itu berada di kelompok terbaik bagi penarafan akan datang.

Penarafan bagi tahun 2021 menyaksikan UMT antara 956 institusi yang komited dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu