UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Program “V-CARE, V-CONCERN FREE MARKET FOR NEEDY”

Program “V-CARE, V-CONCERN FREE MARKET FOR NEEDY”

Sunday, 26/11/2017

Share This Article :

KUALA NERUS – Sejumlah 155 orang pelajar tahun dua program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) Universiti Malaysia Terengganu mengadakan program “V-Care, V-Concern Free Market For Needy” memfokuskan komuniti kawasan Kuala Nerus.

Program kebajikan ini yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM), UMT dengan kerjasama pasaraya Giant Hypermarket Kuala Nerus yang diadakan pada 25 November 2017 bertempat di perkarangan pasaraya Giant Kuala Nerus.

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk membantu masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta yang tidak berkemampuan untuk memiliki barangan keperluan yang diinginkan secara percuma.

Menurut penasihat program, Dr. Siti Nur ‘Atikah Zulkiffli berkata kira-kira satu kontena barangan yang berjaya dikumpul dan berjaya diagihkan secara percuma.

“Antara barangan yang diagihkan seperti baju, beg, kasut, bahan mentah (telur, daging, sayur dan sebagainya), kain batik, tuala, alat tulis, buku, bakul, tudung dan barangan lain”.

“Alhamdulillah, hasil kempen sumbangan barangan telah diadakan bagi tempoh sebulan sejak dilancarkan pada 15 Oktober 2017 yang lalu dan terbuka kepada masyarakat sekitar UMT serta kakitangan UMT berjaya mendapat perhatian masyarakat”.

“Penganjuran ini juga sebagai medium kepada individu yang mempunyai barangan peribadi (preloved) yang dalam keadaaan baik untuk didermakan kepada insan yang memerlukan secara percuma”.

Penganjuran program ini antara lain adalah dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat sekitar dengan pelajar semasa pengagihan barangan yang disumbangkan dan juga mewujudkan kesedaran kepada pelajar serta masyarakat untuk saling membantu antara satu sama lain.

Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM), Prof. Dr. Mohd Shaladdin Bin Muda untuk merasmikan program tersebut.