KUALA NERUS – Karnival Luar Kampus merupakan acara padang buat julung kali diadakan oleh UMT bertempat di perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Terengganu.

Karnival yang dirasmikan oleh YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu itu berlangsung selama dua hari bermula 18 Oktober 2018 lalu turut dimeriahkan dengan pelbagai jenis gerai jualan barangan dan makanan.

Penampilan sulung dengan membawa konsep lebih meriah dan bertenaga, para pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon serta personaliti terkenal yang turut terlibat dalam program tv berbentuk ketuhanan.

Pengarah program, Muhammad Asyraff Aiman Roslan berkata, penganjuran ini bertujuan bagi memperkenalkan kembali sukan-sukan rakyat dan tradisional kepada generasi baharu yang kian dilupakan.

 “Aktiviti yang disediakan seperti sukan rakyat, desa run, pameran kereta, joget tradisional, dikir barat, action song, masterchef, senamrobik, forum perdana dan lain-lain.

“Platform ini juga digunakan bagi menyebarkan ilmu dan konsep dakwah melalui penampilan PU Azman dan Heliza Helmi”.

“Program membuka peluang kepada pelajar khususnya urus setia berkaitan pendedahan dalam merangka kerja dan memberi pengalaman bagi meningkatkan soft skill pelajar untuk persediaan ke alam pekerjaan kelak”.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dalam ucapannya berharap agar program seperti ini  dapat diteruskan lagi pada masa akan datang yang melibatkan lebih ramai lagi mahasiswa dan komuniti setempat kerana program sebegini dapat membentuk hubungan yang bersatu padu serta kerjasama yang erat di antara Universiti dan Komuniti.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Dr. Alias Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Pegawa-Pegawai UMT.

 

Untuk keterangan lanjut :

Muhammad Asyraff Aiman Roslan

Pengarah

Karnival Luar Kampus

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 013-6218571

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu