UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Tuan Rumah Rantau Asia Bagi Pelancaran Laporan “The Lancet Countdown on Health and Climate Change” 2020

UMT Tuan Rumah Rantau Asia Bagi Pelancaran Laporan “The Lancet Countdown on Health and Climate Change” 2020

Monday, 21/12/2020 

Share This Article :

Kuala Terengganu- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi pelancaran Laporan “The Lancet Countdown on Health and Climate Change” 2020 untuk rantau Asia Tenggara. Acara ini dijalankan selama tiga jam secara dalam talian dan dihoskan secara langsung di Dewan Sultan Mizan, UMT.

 

Program ini merupakan program tahunan semenjak penubuhannya pada  pada tahun 2015 dan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Lancet. Lancet Countdown adalah kolaborasi multidisiplin antarabangsa untuk memantau profil kesihatan perubahan iklim  dan memberikan penilaian bebas terhadap pelaksanaan komitmen yang dibuat oleh pemerintah di seluruh dunia berdasarkan Perjanjian Paris.

 

The Lancet Countdown adalah laporan tahunan yang disusun oleh 120 pakar terkemuka dunia, dari 38 institusi akademik dan agensi PBB di setiap benua, untuk mengkaji pelbagai cara perubahan iklim yang mempengaruhi kesihatan kita.

 

Turut sama dalam program ini ialah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar), Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT dan Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ikon Perubahan Iklim Malaysia serta Profesor Dr. Elizabeth Robinson Anggota Lembaga Lancet Countdown, United Kingdom.

 

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam ucapannya berkata perubahan iklim dan kesan terhadap kesihatan yang teruk antara cabaran utama di Malaysia selama beberapa dekad dan masalah ini harus ditanggani dengan lebih serius.

 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menggalakkan dan menyokong universiti-universiti menjalankan penyelidikan dan kemudian memindahkan pengetahuan yang relevan kepada pelajar dan komuniti seterusnya dapat bersama-sama membantu melindungi alam sekitar dan kesihatan awam”.

 

Pelajar di universiti adalah ejen perubahan yang memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan lestari negara kita.

 

Tambahnya, beliau amat yakin program ini akan mencetuskan pemikiran inovatif dan idea berguna untuk terus maju dan usaha Lancet atas inisiatif global untuk berkempen, memberi wacana intelektual, dan mempromosikan kesedaran yang lebih besar mengenai Kesihatan dan Perubahan Iklim, dan juga Ketahanan Makanan di seluruh dunia.

 

Professor Elizabeth Robinson merupakan ahli ekonomi alam sekitar adalah jurucakap utama dalam program ini. Beliau juga mewakili University of Reading yang terletak di EduCity, Iskandar.

 

Menurutnya, bukti menunjukkan bahawa Malaysia dan wilayah Asia Tenggara lebih terdedah dengan peningkatan kematian akibat daripada pemanasan global yang semakin panas. Begitu juga dengan negara-negara di rantau ini yang menghadapi cabaran iklim sebegini.

 

Malaysia sudah merasakan kesan perubahan iklim dengan kenaikan permukaan laut dan perairan yang lebih panas membahayakan hidupan karang dan mengancam keselamatan makanan di kawasan pesisir. Keadaan cuaca termasuk hujan lebat, kepanasan jangka masa lama serta gelombang panas yang lebih kuat secara langsung merosakkan kesihatan rakyat Malaysia”. Tambahnya.

 

Dalam pada itu Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar berkata petunjuk penting untuk memantau kesan perubahan iklim terhadap kesihatan awam adalah Keselamatan Makanan.

 

“UMT terlibat secara aktif dalam R&D on Future Food sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan keselamatan makanan negara terjamin di masa depan”.

 

Puncak inisiatif UMT adalah komitmen padu oleh Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) yang berusaha untuk menghasilkan produk akuakultur sebagai sumber Makanan Masa Depan.

 

Alhamdulillah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengiktiraf AKUATROP sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Tinggi (HICoE) seterusnya untuk mengembangkan Akuakultur Kerang.

 

Tambahnya lagi rentetatan untuk menyokong Dasar Keselamatan Makanan Nasional melalui kerjasama UMT di peringkat nasional dan antarabangsa ke arah pengembangan Makmal Kunci Penyelidikan Kerang (dengan China), Pusat Penetasan dan Penyulingan Kepiting Lumpur, Pusat Pembiakan Udang Laut, dan Sistem Akuakultur Pertanian Hijau.


“Saya juga yakin dengan kepakaran penyelidik Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) serta kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), UMT dapat mewujudkan Pusat Kecemerlangan Pengurusan Sumber Laut bagi mengekalkan daya tahan ekonomi”. Ujarnya


Dalam pada itu, UMT amat berbangga dan berterima kasih kepada Profesor Madya Dr. Meisam Tabatabaei penyelidik UMT kerana telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan Lancet Countdown sebagai kolaborator utama, menyumbang kepada penyelidikan mengenai Kesihatan dan Perubahan Iklim.

 

Ini adalah penghormatan besar dan pencapaian penting yang mendorong inspirasi kepada penyelidik lain melalui karyanya di jurnal berprestij The Lancet untuk pertama kalinya, melalui Laporan “The Lancet Countdown on Health and Climate Change” 2020.

 

Profesor Madya Dr. Lam Su Shiung juga telah menerbitkan sebuah artikel di Lancet, yang melaporkan mengenai perlunya integrasi menyeluruh kesihatan planet di seluruh komuniti saintifik untuk pencegahan wabak, dengan tadbir urus yang jelas dan hubungan antara disiplin dengan perubahan iklim, yang kini merupakan ancaman paling mendadak bagi planet kita.
 

Penerbitan di Lancet ini menunjukkan komitmen UMT untuk bekerjasama dengan Lancet Countdown dalam mewujudkan strategi berkesan yang secara bersama dapat mengatasi krisis pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.
 

Program ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 2000 orang daripada 30 buah negara termasuklah China, Turki, Indonesia, Taiwan, Brunei, Singapura, Denmark, Ireland, UK, UAE, India, Korea dan lain-lain
 

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Prof. Madya Dr. Meisam Tabatabaei
Lencet Secretariat
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tel: 09-6683465
Email: meisam.tabatabae@umt.edu.my


Disediakan oleh:

Rozita binti Alias @ Abdul Latiff
Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu