UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT sokong usaha perkasa wanita

UMT sokong usaha perkasa wanita

Monday, 30/05/2022

Share This Article :

Program pemerkasaan wanita melalui keusahawanan telah mula diberi perhatian oleh pelbagai pihak sejak sekian lamanya.

 

Tidak ketinggalan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai sebuah “Universiti untuk Masyarakat” komited dalam membantu pembangunan komuniti wanita dalam keusahawanan khususnya di negeri Terengganu.

 

Pelbagai program dan inisiatif yang menyokong ke arah kemahiran dan kompetensi wanita dalam bidang keusahawan telah dan sedang rancak dijalankan melalui program pemindahan ilmu, translasional, khidmat komuniti dan penyelidikan.

 

Terkini, sebagai sokongan padu bagi mendokong hasrat murni pihak kerajaan, UMT telah menganjurkan Program Memperkasa Wanita Dalam Keusahawanan dengan libatsama dengan kerjasama erat daripada pelbagai agensi termasuk pemain industri.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata penganjuran itu bertujuan menyokong matlamat Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) dan ke arah memperkasa kumpulan usahawan wanita Terengganu menjadi lebih kompetitif, berdaya maju dan berfikiran global.

 

“UMT sebagai “Universiti untuk Masyarakat” komited dalam membantu pembangunan komuniti wanita dalam keusahawanan khususnya di negeri Terengganu. Pelbagai program dan inisiatif yang menyokong ke arah kemahiran dan kompetensi wanita dalam bidang keusahawan telah dan sedang rancak dijalankan melalui program pemindahan ilmu, translasional, khidmat komuniti dan penyelidikan.

 

“Dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif, UMT melalui melalui kepakaran ahli akademik dan pelajar sentiasa proaktif dalam program keusahawanan yang melibatkan komuniti dalam dan luar UMT”.

 

Program yang dihadiri oleh kira-kira 500 pengunjung itu dirasmikan oleh YB Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu.

 

Tambah Mazlan, UMT telah menerima dana berjumlah RM2.25 juta bagi menjalankan projek keusahawanan diperingkat komuniti.

 

“UMT juga diberi kepercayaan oleh ECERDC dalam melaksanakan program “Empower ECER Mikro Usahawan 2022 Negeri Terengganu” yang bernilai RM 2.25 juta. Ini sekaligus menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negeri Terengganu.

 

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program itu berlangsung seperti pameran dari agensi-agensi pembiayaan berkaitan pendedahan berkaitan peluang dan inisiatif keusahawanan yang ditawarkan, gerai jualan produk usahawan tempatan, forum “Memperkasa Wanita Dalam Keusahawanan” dan Klinik Usahawan.

 

“Harapan saya, program Memperkasa Wanita Dalam Keusahawanan ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup komuniti setempat selaras dengan aspirasi kerajaan Negeri Terengganu”. Katanya.

 

Turut berlangsung ialah penyampaian sijil tamat latihan kepada wakil peserta dari tujuh projek pemindahan ilmu berimpak yang dilaksanakan oleh para akademia UMT.

 

 

Disediakan oleh :

 

Pn. Siti Nurhasmira Abu Hassan

Penolong Pendaftar

Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri

Universiti Malaysia Terengganu

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu