UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Harapan ‘Yusheng’ dalam Tahun Baharu Cina

Harapan ‘Yusheng’ dalam Tahun Baharu Cina

Thursday, 11/02/2021

Share This Article :

Sejak tahun 1912, masyarakat  Cina menyambut Tahun Baharu  Cina pada 1 Januari berdasarkan Takwim Gregorius dan  selepas tahun 1949, ia telah dipanggil perayaan Musim Bunga (Chunjie).  

Chunjie, perayaan terpenting disambut oleh semua orang  Cina kerana semua ahli keluarga akan berkumpul dan merayakannya bermula beberap hari sebelum dan yang pasti sehari sebelum hari raya(chuxi) dan akan berakhir pada hari ke-15 (Yuanxiao jie).

Makanan tradisi, kuih bakul bermaksud tahun-tahun meningkat. Hidangan ikan yang wajib dan tidak boleh dimakan habis bermaksud setiap tahun ada bakinya. Proses menguli makanan ‘jiaozi’ bermaksud berkumpul dan bentuknya seperti duit lama melambangkan menyambut rezeki.

Selain itu, menampal kata-kata mendoakan tuah yang baik.  Berjaga pada malam raya adalah menghargai masa dan mendoakan ibu bapa agar panjang umur.  Mercun adalah untuk menghalau yang tidak baik. Angpau diberi untuk melindungi generasi muda agar sihat dan selamat.

Tahun Baharu mewakili permulaan harapan baru. Meraikan Tahun Baru bermaksud lupakan yang lama dan ceriakan diri, penuh keyakinan, dan berharap dapat bekerja keras pada tahun baharu.

Tahun ini Cunjie di Malaysia disambut dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard(SOP).   Makan besar dihadkan kepada 15 orang ahli keluarga beserta aktiviti keagaman yang perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Namun semangat baharu perayaan tradisi tetap tersemat dan diraikan. Masyarakat  Cina tetap bergembira dalam membuat persediaan yang sederhana dalam keaadaan pandemik melanda ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengubah trend masyarakat berurus niaga. Trend ini turut mengubah cara masyarakat  Cina dalam menyambut perayaan penting ini.

Segala keperluan persiapan tahun baharu dari pakaian baru, perhiasan rumah sehingga ke barang dapur semuanya dipesan dengan hujung jari.

Anak-anak yang tidak dapat pulang membeli hadiah secara atas talian untuk ibu-bapa tersayang di kampung. Segala keperluan raya boleh diperolehi dengan pembelian atas talian. Sehinggakan pemberian angpau juga secara atas talian.

Pada sudut kekeluargaan, intipati sambutan perayaan bagi semua kaum di Malaysia sebenarnya adalah berkumpul bersama ahli keluarga tersayang, saling kunjung mengunjungi dan merapatkan silaturahim.

Dahulu, manusia sukar untuk berhubung dengan alasan sibuk, tidak ada masa untuk pulang ke kampung. Tetapi kini kemajuan internet mampu merapatkan perhubungan dan ikatan. Misalnya panggilan video yang boleh bercakap bersemuka walaupun beribu kilometer jauhnya.

Teknologi mengubah segalanya dengan kebijaksanaan pengguna. Dengan teknologi, kasih sayang terhadap orang tersayang boleh disemai dengan baik. Namun ia tidak dapat menggantikan manusia, justeru mengjenguk orang tua di kampung tetap  satu kewajiban.

Telefon pintar seharusnya menjadi alat merapatkan silaturahim dan bukannya menjauhkan hubungan sesama kita. Ketika berkumpul, ahli keluarga berbual dan bertanya khabar suatu tradisi yang semakin pudar perlu dikembalikan.

Sebagaimana semangat Tahun Baharu  Cina, lupakan segala yang tidak baik, dan mulakan tahun baharu dengan harapan dan semangat yang baharu. Semangat baharu sebagaimana yang tersirat dalam salah satu hidangan makanan tradisional Tahun Baharu  Cina ini- Yusheng.

Yusheng lafaz bunyinya seperti yusheng perkataan lain yang bermaksud peningkatan jumlah. Oleh itu, Hidangan Yusheng dianggap sebagai simbol kelimpahan, kemakmuran dan semangat.

Yusheng, hidangan yang melambangkan tuah, kesejahteraan, kesihatan dan semua perkara yang baik. Semoga sambutan Tahun Baharu  Cina tahun ini membawa kebaikan yang melimpah luah bukan sahaja untuk masyarakat  Cina tetapi juga untuk segenap lapisan negara Malaysia.

Kenikmatan yusheng semasa Tahun Baharu  Cina, adat  kuno yang diwarisi yang lama meresap dalam tradisi dan budaya kuno China. Perbuatan melambung adalah mengharapkan semua orang akan dimurahkan rezeki dan mengecapi kebahagiaan yang melimpah luah.

Semoga tuahnya juga melimpah kepada semua rakyat Malaysia sama ada lapisan pemimpin atau rakyat; berbilang kaum, senang atau  susah, sihat atau sakit, tua atau  muda. Semuanya akan dilimpahi rezeki dan mengecapi bahagia yang tidak terhingga.

Bahan hidangan ini adalah potongan ikan mentah (kadang-kadang salmon), pelbagai sayur-sayuran yang dihiris halus dan sos, perasa dan bahan-bahan lain. Terdapat juga versi vegetarian, di mana ikan yang dibuat daripada soya yang menyerupai salmon.

Kacang tanah yang telah dicincang  halus bermaksud rumah dipenuhi emas dan perak (jin yin man wu).  Taburan bijan bermaksud perniagaan maju jaya (shengyi xinglong). Masukkan keropok (biskut rapuh) bermaksud emas di merata tempat (biandi huangjin). 

Semoga pakej bantuan PERMAI dan yang lain-lain  yang dibentang oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat meringkan beban rakyat dan negara kita beransur kembali dipenuhi emas dan perak.

Menyiramkan sos masam manis ke atas seluruh hidangan bermaksud manis-manis semuanya (tian tian mi mi ). Akhirnya, dengan harapan seperti mana tersirat dalam yusheng, semoga segala usaha, penat lelah dan dugaan yang ditempuhi membuahkan perubahan yang menggembirkan.

 

 

Disediakan oleh :

 

Dr Nurul Ain Chua Binti Abdullah

Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, UMT

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu