UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Sedia Dua Bas Baharu Bagi Merancakkan Aktiviti Pelajar

UMT Sedia Dua Bas Baharu Bagi Merancakkan Aktiviti Pelajar

Wednesday, 23/05/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sentiasa mengambil berat mengenai keperluan pelajar serta kemudahan yang perlu disediakan kepada warga pelajar selaku pelanggan UMT terutamanya penyediaan kemudahan bas bagi memenuhi keperluan aktiviti pelajar.

 

Sebagai langkah proaktif pihak pengurusan UMT bagi mengurangkan masalah pengangkutan yang dialami pelajar, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar menyempurnakan Majlis Penyerahan Dua Buah Bas Baharu Kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni melalui Pengarah Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) UMT selaku pusat yang bertanggungjawab dalam perolehan dan menyelenggaraan kemudahan kenderaan di UMT.

 

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan dan Harta (PPH), Ir. Mohd Zaideen Yusoff berkata, perolehan bagi dua bas itu dibuat setelah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan UMT.

 

“Kedua – dua buah bas ini telah siap sepenuhnya dan selamat tiba di UMT pada 30 April 2018 selepas selesai segala urusan pentauliahan dan dokumentasi oleh pihak SPAD”.

 

“Bas berkapasiti 44 penumpang SCANIA ini adalah buatan Sweden dan dilengkapi dengan USB Charger serta system GPS. Manakala bas 31 penumpang HINO adalah buatan daripada Jepun. Kedua-dua buah bas dilengkapi dengan kamera litar tertutup bagi menjamin keselamatan penumpang. Dengan penambahan dua bas ini menjadikan keseluruhan jumlah bas UMT kini mencecah 11 buah bas untuk keperluan dan keselesaan pelajar.


Sementara itu, Prof. Aieni berkata pihak pengurusan tertinggi UMT meluluskan dana besar bagi menyediakan kemudahan ini.

 

“Kedua-dua bas ini menelan kos berjumlah RM 908,420.00 dengan menggunakan peruntukan Tabung Kebajikan dan Pembangunan Pelajar sepenuhnya.

 

“Sebagai universiti, kita turut mengambil perhatian terhadap permintaan kemudahan fasiliti dan pengangkutan yang diperlukan pelajar semakin meningkat saban tahun”


Tambah beliau lagi, diharapkan usaha pihak pengurusan UMT ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan mereka menerusi perkembangan aktiviti dan program pelajar yang bermanfaat pada masa-masa akan datang.
 

 

Untuk keterangan lanjut:

 

Ir. Haji Zaideen Yusoff

Pengarah

Pusat Pembangunan dan Harta

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09-6684488

Emel: zaideen@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu