UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Minat STEM perlu dipupuk bagi melahirkan generasi pemacu ke arah negara maju

Minat STEM perlu dipupuk bagi melahirkan generasi pemacu ke arah negara maju

Sunday, 25/09/2022

Share This Article :

Negara maju terus meningkat naik seiring perkembangan teknologi dalam pelbagai sektor.

Kebergantungan terhadap teknologi di era globalisasi juga berpotensi mengoptimumkan pengeluaran sesuatu produk dengan penggunaan tenaga manusia yang minima.

Bagi mencapai status negara maju, pelbagai kriteria yang diambil kira seperti penguasaan teknologi, infrastruktur, infostruktor dan lain-lain.

Malaysia memerlukan lebih ramai pakar bagi mencipta tekologi dan inovasi dalam usaha mencapai status negara maju.

Namun persediaan ke arah itu memerlukan perubahan yang besar, kesediaan dan pembangunan modal insan, perbelanjaan, pembudayaan serta berjiwa besar.

Negara juga pernah meletakkan sasaran bahawa Malaysia menjadi negara 20 teratas di dunia dalam bidang ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kreativiti serta inovasi menjelang 2050.

Melihat kepada unjuran ini, jelas warganegara tidak kira peringkat umur dan latar belakang harus mula menukar ‘mind set’ memulakan langkah menuju kearah itu secara kolektif.

Diperingkat universiti telah mula mengesan pola penurunan permintaan pelajar bagi program berasaskan sains dan teknologi sejak beberapa tahun terkebelakang.

Kegusaran ini bukan hanya memberi implikasi kepada tenaga kerja pakar, malah ia turut mengagalkan banyak perkara berkaitan perkembangan negara bagi mencapai status negara maju.

Gerak kerja telah mula dijalankan sebagai pelan kontigensi dalam menghadapi situasi kompleks ekoran populariti bidang sains dan teknologi kian pudar dalam generasi milenia.

Antara projek kahs pembangunan generasi pelapis giat dijalankan adalah program penggalakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dipertanggungjawabkan di universiti awam.

Matlamat Pendidikan STEM ialah melahirkan murid berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.

Ini dilakukan melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka. Banyak usaha dilaksanakan dalam pendidikan STEM dengan sokongan daripada pelbagai kementerian.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah meramal perubahan ini lebih lima tahun yang lalu. Kewujudan Pusat Asasi STEM di Gedung ilmu termasyhur di pantai timur itu mebuktikan komitmen warga dipelbagai peringkat bersatu hati mencurahkan keringat dalam membentuk generasi yang holistik sebagai pemimpin negara.

Pengasas dan juga Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose berkata penubuhan pusat itu telah mula menampakkan impak positif dalam usaha penerapan budaya sains dan teknologi dikalangan pelajar.

“Kesungguhan meningkatkan penyertaan golongan muda dalam bidang sains yang diusahakan oleh pensyarah UMT nampaknya semakin menunjukkan kejayaan.

“Antara kaedah mempromosikan keunikan bidang STEM adalah dengan mengadakan program-program berkaitan sains yang unik serta mudah difahami oleh pelajar sekolah sekitar negeri Terengganu.

Katanya, program berbentuk pemindahan ilmu secara hands -on juga turut dianjurkan di peringkat sekolah.

“Kita juga menganjurkan STEM Boot Camp 2022 yang melibatkan 2,000 pelajar dengan kerjasama Persatuan STEM Kebangsaan Cawangan Terengganu.

“Program seperti ini amat penting sebagai usaha melahirkan ramai pelajar yang berbakat besar dalam bidang STEM bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menyediakan tenaga kemahiran STEM dalam pembangunan negara mendepani cabaran IR 4.0.

“Program Terengganu Peers STEM Coaching Boot Camp 2022 adalah merupakan satu program pemindahan ilmu yang dijalankan di antara pelajar universiti kepada murid sekolah. Program pemindahan ilmu ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama dimana pelajar universiti menjadi sebagai mentor kepada murid sekolah elit.

“Murid sekolah elit ini yang menjadi mentee dalam fasa pertama, akan bertukar peranan sebagai mentor dalam fasa ke-dua. Dimana pada fasa kedua, murid sekolah elit memindahkan ilmu kepada rakan sebayanya iaitu murid-murid dari kalangan sekolah harian.

“Melalui kaedah ini, kita dapat melihat pemindahan ilmu yang berlaku dikalangan murid-murid sekolah elit dan harian. Aktiviti yang berlangsung mengikut kumpulan yang telah diagihkan oleh penganjur dimana pembahagian murid sekolah elit adalah mengikut modul STEM yang telah di pelajari seperti Modul STEM Kelautan, Modul STEM Kesihatan, Modul Eksplorasi STEM, Modul STEM Kreativiti dan Inovasi.

Menurutnya, pelbagai siri penganjuran program ‘kenali STEM’ itu telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran kepentingan bidang sains dan teknologi di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

Hasrat bagi mewujudkan generasi pelapis yang berupaya memacu negara kearah negara maju memerlukan komitmen di segenap lapisan masyarakat. Kesedaran dalam diri pemimpin negara, pemimpin tempatan, komuniti serta ibu bapa amat penting sebagai galakan dan dorongan kepada generasi pelapis meminati bidang STEM seawal bangku sekolah rendah dalam melahirkan lebih ramai pakar dan pencipta teknologi negara.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu