KUALA NERUS – Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam bagi tempoh dua tahun berakhir 2020.

 

Majlis penyerahan pelantikan itu dibuat dalam satu mesyuarat yang bersidang di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan semua Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam.

 

Jawatankuasa khas itu berperanan sebagai platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan mengemukakan pendapat dalam membuat keputusan tentang hala tuju pendidikan tinggi negara.

 

Selain itu, JKNC/R juga bertindak dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan bagi menjayakan transformasi masyarakat Malaysia menuju transformasi sebuah negara maju dengan memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.

 

Pelantikan itu bagi menggantikan YH. Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim yang telah tamat tempoh lantikan.

 

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu