UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT & Celcom Axiata Berhad work hand-in-hand for the community

UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir

Tuesday, 17/01/2017

Share This Article :

Kuala Berang, 14 Jan. – Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berbesar hati menyumbangkan bantuan bernilai RM100,000.00 bagi membantu mangsa banjir di negeri Terengganu baru-baru ini.

UMT telah melancarkan Tabung Sumbangan Banjir yang dikoordinasikan oleh Pasukan Pengurusan Bencana UMT bagi mengumpulkan sumbangan dari orang ramai dalam pelbagai bentuk serta nilai dan dengan kontribusi dari pihak Celcom Axiata Berhad selaku syarikat pembekal telekomunikasi ulung Malaysia ini mampu meringankan beban bagi mangsa-mangsa yang terlibat.

Fokus agihan sumbangan berkenaan adalah kepada 1,000 buah keluarga di sekitar Kuala Berang dan Besut dan bantuan yang disampaikan adalah berupa barangan harian yang keseluruhannya berjumlah RM100,000.00.

Sebuah majlis ringkas diadakah bertempat di Pusat Perpindahan Banjir Paya Besar, Kuala Berang dengan kehadiran para sukarelawan dari Celcom Axiata Berhad dan disokong oleh sukarelawan-sukarelawan dari UMT yang terdiri dari para kakitangan dan pelajar.

Menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat adalah Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB. Dato’ Jailani Johari dan diiringi oleh En. Saiful Bahrin Abd Ghaffar, Pengarah, Government Liaison, USP and Vendor Development Celcom Axiata Berhad serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.

Untuk Keterangan Lanjut:-

 

Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Tel      : 609-668 4135 / 4142
Faks   : 609-668 3608

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 668 5086/ 4339