UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Bubur Asyura erat silaturahim warga UMT

Bubur Asyura erat silaturahim warga UMT

Tuesday, 22/08/2023

Share This Article :

Warga kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat mengadakan program gotong-royong memasak bubur asyura bagi mengingati hari asyura pada 10 Muharam yang juga dikenali sebagai Sugha yang mempunyai kebaikan tersendiri dengan mengaitkan Nabi Musa a.s dan Nabi Nuh a.s.

 

Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) merangkap Presiden Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Terengganu (PERENTAS – UMT), Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab berkata penganjuran program Jom Kacau Asyura medan mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf yang kian pudar ditelan arus perkembangan teknologi.

 

“Aktiviti yang dijayakan hari ini secara bergotong-royong memasak bubur Asyura bagi mengimbau kembali budaya tradisi terutama bagi memupuk semangat kerjasama dan berganding bahu yang semakin sepi dalam kalangan masyarakat khususnya warga UMT yang rata-rata mengutamakan teknologi  dan dunia tersendiri.

 

“Sambutan ini juga diselitkan dengan aktiviti semarak kemerdekaan dengan meletakkan Jalur Gemilang bersama-sama bubur ayura yang diagihkan kepada warga UMT termasuk pelajar.

 

Katanya, program itu merupakan inisiatif yang perlu diteruskan bukan hanya di peringkat universiti, malah perlu dikembangkan ke semua peringkat agar perpaduan yang terjalin kekal utuh selaras dengan kempen penghayatan bulan kebangsaan.

 

Kira-kira 1,000 bekas bubur Asyura yang dimasak melibatkan lima kawah berjaya diagihkan khas untuk program tersebut.

 

Penganjuran itu turut mendapat kerjasama erat daripada Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Kelab Wanita UMT (MUTIARA), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan persatuan PERENTAS UMT.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu