KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung-julung kalinya mengadakan persidangan antarabangsa IFoSAC 2018 bagi menghimpun para professional dari dalam dan luar negara di dalam bidang sains dan teknologi makanan serta bidang agroteknologi.

 

Persidangan ini antara lain bagi menggalakkan kerjasama dan jaringan perkongsian ilmu disamping mewujudkan perkongsian kepakaran dan penemuan inovasi baharu dalam bidang yang berkaitan.

 

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) selaku penganjur persidangan Bertemakan “Empowering Food Sustainability”, sebanyak 17 hasil penyelidikan dibentangkan dalam bentuk poster, manakala 48 hasil penyelidikan dibentangkan secara lisan. Hasil dari persidangan ini dijangkakan sebanyak 46 hasil penyelidikan akan diterbitkan di dalam jurnal SCOPUS Malaysian Applied Biology Journal (MAB).

 

Program saintifik yang telah disusun melibatkan syarahan daripada Prof. Ir. Achmad Subagio, Universitas Jember, Indonesia dan penampilan dua tokoh terkenal bidang-bidang yang terlibat dari agensi tempatan seperti Dr. Mohd Shukri Mat Ali (MARDI) dan saintis daripada Prince of Songkla University, Thailand.

 

Persidangan ini disertai oleh 65 orang peserta dari dalam dan luar Negara terdiri daripada Jordan dan Indonesia. Selain itu, 11 peserta daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti MARDI dan universiti awam seperti USM, UPM, UMS dan UMK.

 

Sebanyak 17 hasil penyelidikan dibentangkan dalam bentuk poster, manakala 48 hasil penyelidikan dibentangkan secara lisan. Hasil dari persidangan ini dijangkakan sebanyak 46 hasil penyelidikan akan diterbitkan di dalam jurnal SCOPUS Malaysian Applied Biology Journal (MAB).

 

Untuk keterangan lanjut :

Prof. Madya Dr. Amiza Mat Amin

Dekan

Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6685170

Emel : ama@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu