UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

‘Beach Clean Up’ edisi Raya Berjaya Pungut 185kg sampah

‘Beach Clean Up’ edisi Raya Berjaya Pungut 185kg sampah

Monday, 16/05/2022

Share This Article :

Lebih 30 ekor penyu mati direkodkan di negeri Terengganu dalam tempoh kurang enam bulan tahun 2022.

Angka itu amat membimbangkan dan menimbulkan kegusaran terutamanya kepada penyelidik.

Kedamparan penyu juga dikaitkan dengan tahap ‘kesihatan’ laut di negara kita.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran laut ialah kegagalan sistem pengurusan sisa di daratan.

Menurut pakar, kira-kira 14 juta tan sampah pepejal dikutip bagi tahun 2022 selepas melihat trend bilangan pungutan sampah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jumlah sampah yang dihasilkan itu jika tidak diurus dengan baik akan terus dibawa arus sungai dan akhirnya menjadi makanan kepada sesetengan haiwan marin seperti penyu.

Sebagi sebuah universiti yang lantang memperjuangkan isu kelestarian alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan program ‘Beach Clean Up’ khas sempena perayaan aidilfitri.

Penganjuran itu Berjaya mengumpulkan kira-kira 50 orang sukarelawan dari kalangan pelajar dan orang awam disamping kerjasama erat yang diberikan oleh NGO Trash Hero.

Para sukarelawan juga mengenakan pakaian sambutan aidilfitri sepertimana tema program yang ditetapkan.

Idea unik itu bertujuan menyemarakkan lagi kempen pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat disamping mendidik orang awam berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar serta kesan pencemaran terhadap ekosistem alam yang turut menggugat kesejahteraan kehidupan manusia.

Beach Clean Up edisi raya itu berjaya mengumpulkan sebanyak 185 kg sampah dalam tempoh kurang 2 jam.

Walaupun penganjuran program kesedaran seperti itu dilakukan saban tahun, namun sampah yang terbebas ke lautan tidak menunjukkan trend penurunan dan program kesedaran serta kempen berkaitan perlu dilakukan secara bersepadu melibatkan pelbagai peringkat agar ekosistem alam terus kekal lestari dan ia mampu menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan manusia.

 

Disediakan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu