UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT buka hub produk inovatif halal, bantu usahawan IKS jana pendapatan

UMT buka hub produk inovatif halal, bantu usahawan IKS jana pendapatan

Wednesday, 31/1/2024

Share This Article :

Pusat Pemprosesan Makanan Inovatif milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) berupaya mengeluarkan pelbagai produk-produk makanan inovatif yang berkualiti dan dijamin dari segi Halal.

 

Pembukaan pusat itu bagi menyokong usahawan bidang penghasilan makanan bagi mengeluarkan produk makanan baharu seperti Lasagna Daging, Jus Melon Manis Terengganu dan MMT Ice Cream.

 

Selain menghasilkan produk makanan terkini, pusat itu juga berperanan sebagai hub “Hub” bagi penganjuran program Latihan Pembuatan Produk Makanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia, pelajar dan juga memberi galakan kepada rakyat tempatan menceburi bidang perniagaan.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pusat itu berupaya memberikan kemudahan dan persediaan kepada usahawan bagi mengembangkan lagi perniagaan melalui jalinan kerjasama melibatkan kepakaran UMT dalam mencipta produk baharu.

 

“Kita sasarkan pusat pemprosesan makanan ini bakal mengeluarkan pelbagai produk-produk makanan inovatif yang berkualiti dan dijamin dari segi Halal”. Katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pusat Pemprosesan Makanan Inovatif milik syarikat pemula UMT, Syarikat Honey Melon World Sdn. Bhd.

 

Menurutnya, UMT sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat melalui pemindahan ilmu dan kepakaran dalam bidang keusahawanan dan pengkomersialan produk inovatif hasil daripada penyelidikan para penyelidik yang kompeten.

 

Katanya, pusat pemprosesan makanan itu bakal membuka peluang pekerjaan baharu kepada komuniti setempat dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Manir secara khasnya selain memberi manfaat yang besar kepada usahawan Industri Kecil dan Sedehana (IKS).

“Dengan komitmen bersama antara Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Syarikat “Start-up”  UMT, banyak kejayaan boleh dicapai serta dapat mengatasi cabaran yang mungkin timbul dalam mencapai matlamat untuk manafaat  komuniti setempat”.

 

Tambahnya, berkat usaha dan keazaman para penyelidik UMT yang berterusan serta kerjasama yang utuh diberikan oleh YPUT berjaya menghasilkan pelbagai produk makanan seperti Lasagna Daging dengan MMT, Jus dan Ice Cream Melon Manis Terengganu.

 

Majlis Perasmian Pembukaan Pusat Pemprosesan Makanan Inovatif Milik Syarikat Honey Melon World Sdn. Bhd. telah disaksikan oleh Puan Afnida Aini Binti Alwi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

 

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pegawai-pegawai utama dan pegawai kanan Universiti Malaysia Terengganu serta pegawai-pegawai kanan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

09-6684418/4261