UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Pelajar UMT raih Naib Johan IProCom 2022

Pelajar UMT raih Naib Johan IProCom 2022

Sunday, 27/03/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Kumpulan NS Betta Lau yang terdiri daripada pelajar Universiti malaysia Terengganu (UMT) berjaya meraih tempat kedua dalam penganjuran program Idea, Product and Commercial (IPROCOM) selepas tewas kepada kumpulan Fingersnap Enterprise yang berasal dari utara Malaysia.

 

UMT selaku tuan rumah bagi penganjuran itu berjaya menarik wakil penyertaan daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata penerapan dan galakan ilmu keusahawanan dalam diri pelajar amat penting bagi mendepani dunia pekerjaan masa kini.

 

“Sektor keusahawanan di Malaysia dilihat semakin berkembang dan berdaya maju. Mahasiswa juga telah terlibat dengan pelbagai aktiviti keusahawanan sejak dari awal lagi malah ada di kalangan mereka yang telah mula berniaga ketika masih belajar. Kita amat gembira dengan perkembangan positif ini, dan adalah menjadi hasrat kerajaan agar lebih ramai mahasiswa menceburi bidang keusahawanan.

  

“Bidang keusahawanan telah dilihat sebagai bidang yang dapat meningkatkan ekonomi negara, mampu berdaya saing, meningkatkan pendapatan individu, mengatasi masalah kemiskinan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru serta meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Katanya, program bersifat rentas disiplin juga perlu diberi perhatian dalam mempersiapkan para graduan untuk lebih berdaya saing.

 

“Selain itu juga pelaksanaan program yang bersifat rentas disiplin (transdisciplinary program) seperti industri kreatif dengan keusahawanan digital bagi menghasilkan Creativepreneur juga begitu pesat membangun.

“Eksplorasi bidang Creativepreneur di IPT khususnya melalui platform digital dapat mendorong pelajar untuk menjadi lebih proaktif dalam mencari peluang yang membolehkan lebih ramai golongan muda berupaya mencipta produk inovasi dan pekerjaan sendiri. Ianya akan terus memperkasa kerangka penjana pekerjaan atau JobCreator Framework.

“Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan perancangan, komitmen, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam setiap urusan harian”. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu