UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT dan KRU jalin Kerjasama dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif

UMT dan KRU jalin Kerjasama dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif

Friday, 22/07/2022

Share This Article :

Cyberjaya, 21 Julai 2022– Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment dalam usaha memperkasakan bidang keusahawanan dan industri kreatif. MOU ini juga merupakan usaha kedua-dua pihak bagi menyokong keterlibatan industri dengan ahli akademik.

Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Mazlan Bin Abd Ghaffar berkata, kolaborasi ini diterajui oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, UMT untuk berganding bahu bersama industri melalui program-program yang akan dijalankan secara bersama antara kedua belah pihak terutamanya dalam bidang keusahawanan digital dan industri kreatif.

Beliau berkata lagi, pelbagai peluang kerjasama dari pelbagai latar belakang industri kreatif  dilihat boleh dijalankan secara bersama KRU seperti penerbitan buku dalam bentuk eBook dan audio book dan iLike – eCommerce platform keusahawanan untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti di platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya.

Tambahnya jalinan kerjasama strategik MOU antara UMT – KRU Entertainment dan Yayasan KRU ini, akan dapat diperkasakan demi meningkatkan kemahiran bakat mahasiswa dan graduan UMT menerusi pelbagai program latihan ‘up-skilling’ dan ‘re-skilling’ keusahawanan digital.

 

“kerjasama ini juga akan diteruskan dalam pembangunan bakat yang melibatkan ahli akademik, staf Pengurusan dan Profesional serta sokongan UMT melalui sangkutan industri serta program latihan dalam bidang seni kreatif”. 

Sementara itu Dato’ Norman dalam ucapannya berkata, KRU sedang giat menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam usaha memartabatkan lagi platform keusahawanan digital dan Industri Kreatif yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara walaupun daripada latar belakang yang berbeza.

Ujarnya lagi, penglibatan bersama industri dan ahli akademik diharapkan akan melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif pada masa akan datang dalam menjana ekonomi negara.

Kerjasama itu bakal meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan lebih ramai usahawan digital dalam kalangan mahasiswa dan graduan khususnya serta bakat, kreativiti dan kualiti kerja warga UMT cemerlang.

Majlis yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya tersebut menyaksikan UMT diwakili oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Mazlan Bin Abd Ghaffar, manakala Yayasan KRU dan KRU Entertainment diwakili oleh Presiden Yayasan KRU, Dato’ Norman Abdul Halim dan Zarina A. Rahman, Naib President Operasi KRU Entertainment.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu