UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT meterai perjanjian, pasarkan vaksin haiwan komersial

UMT meterai perjanjian, pasarkan vaksin haiwan komersial

Thursday, 21/07/2022

Share This Article :

Kuala Nerus 20 Julai 2022 (Rabu) – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meterai kerjasama dengan syarikat Sinavax Sdn Bhd bagi mengkomersialkan produk Mannheimiosis Intranasal Spray Vaccine (KUSTEMVAC) yang dihasilkan oleh penyelidik untuk kegunaan kambing dan biri-biri.  

Majlis penyerahan dokumen Perjanjian Pelesenan antara Universiti Malaysia Terengganu dan syarikat Sinavax Sdn. Bhd. telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Sinavax Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Yusoff kepada Profesor ChM. Dr. Marinah Binti Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT.  Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Pengarah UMT, YBhg. Dato’ Wan Hisham bin Wan Salleh serta pegawai-pegawai utama UMT.

Sinavax Sdn. Bhd. adalah merupakan syarikat start-up UMT yang memfokuskan kepada pembangunan intranasal vaksin kepada kambing dan biri-biri.  Syarikat ini diketuai oleh penyelidik Prof. Ts. Dr. Mohd Effendy bin Abdul Wahid bersama-sama dengan syarikat Sina Sterilgamma Sdn. Bhd. yang telah melabur dalam pengkomersialan KustemVax ini. 

 

Syarikat Sinavax telah berjaya membuktikan keberkesanan produk dengan memberikan intranasal vaksin kepada syarikat penternakan kambing dan biri-biri di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kerana kambing-kambing tersebut di jangkiti oleh virus Mannheimia Haemolytica. Penghasilan dan penggunaan vaksin KustemVax ini terhadap kambing-kambing di Setiu ini adalah tepat pada masanya dari mengelakkan risiko kerugian yang lebih lebar perlu ditanggung oleh penternak.

 

Sinavax Sdn. Bhd. juga semakin mengorak langkah di mana syarikat dalam perbincangan dengan syarikat pengeluar vaksin di Malaysia untuk memasarkan vaksin KustemVax di fasiliti tersebut disebabkan oleh keperluan makmal cGMP. Dengan pengeluaran vaksin KustemVax di fasiliti cGMP, produk itu lebih mudah didapati untuk kegunaan tempatan dan yang lebih utama adalah untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti Australia, New Zealand dan negara-negara Arab.

 

Asia mengawal sebanyak 44.6% populasi kambing dan biri-biri dunia, dimana China, India, Pakistan, dan Bangladesh mempunyai kira-kira 446 juta ekor kambing berbanding pasaran tempatan dengan jumlah 371,000 ekor kambing. Komitmen yang baik daripada semua pihak penyumbang kepada kejayaan aktiviti pengkomersialan produk-produk penyelidikan UMT.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu