UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017

UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017

Monday, 23/01/2017

Share This Article :

Kuala Nerus, 23 Jan. – Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sailing Team telah menyertai kejohanan 15th Royal Langkawi International Regatta 2017 bertempat di Pulau Langkawi pada 9 Januari 2017 yang lalu.

UMT merupakan wakil tunggal bagi keseluruhan universiti-universiti di Malaysia dengan penyertaan seramai 8 orang peserta terdiri daripada staf dan pelajar UMT.

Sepanjang lima hari pertandingan, UMT telah bersaing bersama-sama 7 pasukan lain yang diantaranya Singapore Management University (SMU) dan Burarha University dari Thailand. 

Sebanyak 7 perlumbaan telah diadakan dan pasukan UMT telah menduduki tempat ke-3 dalam perlumbaan pada hari kedua dan kelima.

Secara keseluruhanya, UMT telah mengumpul sebanyak 22 mata dari 7 perlumbaan dan menduduki tangga ke-4/5 dengan berkongsi kedudukan bersama SMU. 

Penglibatan UMT dalam kejohanan ini membuktikan kemampuan UMT sebagai institusi pendidikan yang menyokong pembangunan holistik disamping pendidikan akademik serta memberi impak yang tinggi kepada pembangunan sukan layar di kalangan pelajar UMT yang menonjolkan citra UMT sebagai peneraju bidang kelautan di Malaysia.