UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT AKTIFKAN BILIK GERAKAN BENCANA

UMT AKTIFKAN BILIK GERAKAN BENCANA

Monday, 20/11/2023

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi memberi maklumat terkini dan bantuan kepada para pelajar dan kakitangan yang berada di dalam kampus dan sekitarnya.
Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, Bilik Gerakan Bencana dan talian hotline 24 jam itu dikendadalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Pejabat Keselamatan.
Menurut beliau, terdapat beberapa kawasan berdekatan kampus iaitu Kampung (Kg) Tok Jembal, Kg. Gong Pak Jin, Kg. Pak Tuyu, Kg. Jati dan beberapa kawasan lain yang rata-rata merupakan kawasan kediaman pelajar UMT luar kampus (rumah sewa) turut dinaiki air.
“Selain itu, beberapa kawasan di dalam kampus UMT turut dinaiki air dan menyebabkan Bahagian Keselamatan UMT meminda laluan sedia ada untuk memudahkan pergerakan warga kampus keluar dan masuk, ” ujarnya.
Justeru katanya, UMT amat menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan warga kampus ketika situasi yang penuh mencabar ini.
UMT turut membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pusat Sukan UMT bagi membolehkan para pelajar berpindah sekiranya perlu.
“Melihat kepada pola hujan yang masih lagi melanda negeri Terengganu, warga UMT adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.
“Pastikan senantiasa menjaga keselamatan diri serta patuh kepada nasihat pihak berkuasa demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, ” ujarnya.
Katanya, pihak UMT juga menasihati para pelajar dan staf yang memerlukan bantuan dan pertanyaan, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Bilik Gerakan Banjir di talian 09-6685059/4118.

Dikeluarkan oleh:
Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu