UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Ramadan 1439H@UMT

Ramadan 1439H@UMT

Monday, 21/05/2018

Share This Article :

Pelbagai persoalan yang dibincangkan apabila tibanya bulan Ramadan. Apakah itu Ramadan? Ramadan adalah “Penghulu Bulan”

 

“Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al-Quran, sebagai panduan untuk umat manusia , juga tanda yang jelas  untuk bimbingan dan penilaian ( antara benar dan salah ) .

 

Para fuqoha mengatakan bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia yang dapat membuat seseorang muslim menghargai dan menghabiskan waktu dengan ibadah serta berlumba-lumba mengumpul pahala kerana pada bulan ini dijanjikan ganjaran berganda.

 

Sekiranya umat Islam pada hari ini menghayati falsafah dan hikmah di sebalik kewajipan berpuasa, nescaya setiap individu muslim akan membuat persediaan rapi menyambut kedatangan Ramadan dan akan berlumba-lumba untuk memanfaatkan Ramadan dengan sebaik mungkin, serta bulan Ramadan akan menjadi bulan yang paling bermakna dalam hidupnya.

 

Puasa bukanlah setakat menahan perut daripada menahan lapar dan dahaga pada siang hari semata-mata, akan tetapi puasa yang mempunyai kualiti ialah puasa yang menyeluruh, termasuk menjaga pancaindera serta hati nurani daripada terjebak dalam sebarang unsur maksiat.

 

Bagi yang mengetahui kelebihan Ramadan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah kepada umat Islam untuk melahirkan insan yang bertakwa. Sewajarnya setiap individu muslim mengambil peluang yang luas yang telah disediakan oleh Allah SWT pada bulan Ramadan untuk mendidik diri kearah ketakwaan kepada Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada Nya.

 

Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan infaq dan sedekah. Pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Islam UMT bagi memberi ruang kepada muslim untuk menggandakan pahala. Pada hari pertama Ramadan juga diadakan majlis iftar kepada semua pelajar yang turut bersama-sama memeriahkan serta menghidupkan masjid. Alhamdulillah, pada iftar pertama tahun ini mendapat sumbangan daripada warga Pusat Komunikasi Korporat.

 

Apabila berbicara berkenaan bulan Ramadan, pasti akan menantikan malam Lailatulqadar. Sepertimana termaktub dalam Al-Quran yang menyatakan bahawasanya ganjaran pahala amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1,000 bulan (kira-kira 83 tahun).

 

Oleh itu, marilah bersama-sama kita membuat persiapan yang sebaiknya sama ada dari sudut mental mahupun fizikal. Rebutlah peluang Ramadan kali ini dengan mempertingkatkan lagi amal soleh agar kita menjadi insan yang lebih bertakwa kepada Nya, InsyaAllah.