UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Pendaftaran Pelajar Diploma Perikanan dan Asasi STEM Secara Pandu Lalu

Pendaftaran Pelajar Diploma Perikanan dan Asasi STEM Secara Pandu Lalu

Monday, 01/08/2022

Share This Article :

Kuala Nerus, 1 Ogos 2022- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima 379 pelajar sempena sesi pendaftaran kemasukan pelajar Diploma Perikanan dan Asasi STEM secara fizikal yang berlangsung pada hari ini.
 
 
Menurut Profesor Madya Dr. Laili Binti Haji Che Rose, Pengarah Pusat Asasi STEM, pendaftaran secara pandu lalu di Dewan Sultan Mizan, UMT dan perkarangan Kolej Kediaman berjalan lancar dengan bantuan para petugas dan sukarelawan pelajar.
 
 
Tambahnya lagi pelajar hanya perlu mendaftar secara fizikal serta mengambil kunci bilik secara pandu lalu dan selesai tidak sampai 2 minit bagi setiap pelajar.
 
 
Pada sebelah petangnya diadakan taklimat oleh Pengarah Pusat Asasi STEM bersama pelajar dan keluarga di Dewan Sultan Mizan.
 
 
Untuk rekod, seramai 286 pelajar Asasi STEM dan 93 pelajar Diploma Perikanan telah mendaftar masuk pada hari ini.
 
 
 
Turut sama mendaftar pada hari ini seorang pelajar orang asli yang berasal dari Johor iaitu Muhammad Yassin Amaluddin bin Nadim Menurutnya dia begitu teruja menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di UMT dan ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke negeri ini.
 
 
Menurutnya lagi dia dan ayahnya bertolok malam tadi dari Johor dengan manaiki bas dan tiba di Kuala Terengganu seawal pagi tadi. Walaupun pihak universiti menyediakan pengangkutan dari stesen bas ke UMT, dia dan ayahnya lebih selesa menggunakan kenderaan e-heiling untuk merasai pengalaman menaiki Jambatan Angkat serta menikmati panorama Kuala Terengganu.
 
 
Manakala bagi pasangan kembar berlainan jantina iaitu Fatin Atiqah Izzati binti Muhamad Safiih dan adiknya Muhammad Izzuddin bin Muhamad Safiih yang berasal dari Terengganu berkata mereka bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran bersama di UMT dan tidak perlu berpisah.
 
Meminati bidang sains semenjak dibangku sekolah rendah telah membawa mereka untuk menerokai bidang Sains, Teknologi dan Matematik di UMT.
 
 
Kesemua pelajar akan menjalani Minggu Jalinan Mesra (MJM) bermula hari ini sehingga 3 Ogos nanti.