KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil pendekatan baharu dalam melaksanakan program Survival Laut dan Penghayatan Warisan (SLPW) bermula tahun 2019.

Program yang menjadi ‘Trade Mark’ UMT itu diadakan pada setiap tahun sebagai salah satu aktiviti kokurikulum bagi memenuhi syarat pelajarnya untuk bergraduat.

Bagi penganjuran kali pertama diadakan di Pantai UMT, sejumlah 110 pelajar berjaya melepasi aktiviti water confident, berkayak, snorkeling dan jejak warisan.

Pendedahan aktiviti-aktiviti berasaskan air bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bahaya yang sering berlaku ketika berada di air dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berdepan dengan situasi cemas.

Selain itu, program SLPW ini juga medan perkongsian ilmu berkaitan laut dan juga mampu mendedahkan kemahiran asas kepada pelajar yang bukan dari bidang pengajian kelautan.

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu