KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Bung Hatta (UBH), Padang melibatkan bidang perikanan dan maritim.

 

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata MoU berkenaan sebagai usaha meningkatkan lagi jaringan akademik dan pengantarabangsaan di peringkat global selain dapat mempromosi penawaran program serta bidang kepakaran yang dimiliki UMT.

 

“Kita melihat UBH sebuah universiti yang cukup hebat dan serius menjalankan penyelidikan dalam bidang perikanan dan maritim melalui pelbagai kaedah dengan menggunakan sumber secara optimum. Justeru itu, UMT selaku universiti awam yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dalam sektor ini, kita wujudkan jalinan kerjasama melalui MoU agar jalinan ini memberi impak positif selain dapat mengeratkan hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia.”

 

Prof. Aini yang mewakili UMT manakala UBH diwakili oleh Prof. Dr. Azwar Ananda, Rektor UBH dalam majlis itu. 

 

Tambah Prof. Aieni, beliau dijemput oleh UBH untuk menyampaikan syarahan khas berkaitan pengurusan zon pantai dan pembangunan sumber lestari di universiti tersebut.

 

“Alhamdulillah, saya menggunakan kesempatan yang diberi sebaik mungkin untuk berkongsi dengan warga UBH yang dihadiri oleh penyelidik, pensyarah dan semua mahasiswa Fakulti Perikanan dan Ilmu Kelautan yang menyambut baik syarahan saya di sini”. Katanya.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu