UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT UNIVERSITI TERBAIK DALAM PENGURUSAN DATA, RAIH 5 BINTANG DALAM PENARAFAN MYMOHES

UMT UNIVERSITI TERBAIK DALAM PENGURUSAN DATA, RAIH 5 BINTANG DALAM PENARAFAN MYMOHES

Sunday, 10/3/2024

Share This Article :

Kuala Nerus, 10 Mac 2024- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya meraih lima bintang dalam penilaian MyMohes bagi tahun 2023. Lebih menarik, UMT merupakan satu-satunya universiti awam yang mencapai skor 100 peratus, berbanding dengan 20 institusi pengajian tinggi lain di negara ini.

 

Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar berkata keputusan penarafan tersebut diumumkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Mesyuarat Kualiti Data (MKD) yang berlangsung di Dewan Zamrud, Universiti Malaysia Sarawak pada 7 Mac 2024.

 

Mazlan menyifatkan penarafan itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan khas buat warga UMT selain turut menzahirkan rasa syukur dan ucapan tahniah kepada semua warga UMT Cemerlang yang bertungkus lumus membantu dalam penyediaan, penyaluran dan penyimpanan data yang sempurna dan berkualiti.

Tambahnya UMT terus memburu pengiktirafan dan pencapaian di pelbagai peringkat samada nasional mahupun antarabangsa.

 “Syabas dan tahniah kepada warga UMT yang komited serta berusaha keras dalam memastikan UMT berada pada kedudukan yang terbaik”.

MyMohes diperkenalkan oleh KPT dengan tujuan menilai tahap kesediaan institusi pengajian tinggi dalam sistem penyaluran maklumat dan penyimpanan data mengenai pelajar, kakitangan, dan penyelidikan.

 

Penilaian dilakukan berdasarkan kriteria dan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh KPT, iaitu ketepatan (25 peratus), lengkap (25 peratus), konsisten (20 peratus), kredibiliti (10 peratus) dan kekinian (20 peratus).

 

“Semoga usaha cemerlang ini diteruskan untuk penyediaan data yang tepat, terkini dan sahih bagi mencerminkan prestasi dan pencapaian sebenar UMT berasaskan kepada Pelan Stategik UMT (PSUMT5)”.

UMT yang dikenali dengan slogan ‘Terokaan seluas lautan demi kelestarian sejagat’ itu telah mendapat pelbagai pengiktirafan seperti penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA.

TAHNIAH dan TERIMA KASIH sekali lagi kepada semua WARGA UMT CEMERLANG.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu