UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

WARGA UMT IKRAR BEBAS RASUAH

WARGA UMT IKRAR BEBAS RASUAH

Monday, 17/02/2020

Share This Article :

Kira-kira 1000 warga Universiti Mlaaysia Terengganu (UMT) terdiri daripada staf dan pelajar melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sempena sambutan Hari Integriti Peringkat UMT yang diadakan di Dewan Sultan Mizan UMT.

 

Lafaz ikrar tersebut diketuai oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar sambil disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM,  mewakili Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM dan Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Ruslan bin Che Amad, Pengarah SPRM Negeri Terengganu.

Menurut Prof. Dato’ Nor Aieni Mokhtar bahawa integriti menjadi prasyarat utama dalam memacu kecemerlangan UMT.

 

“Kita telah meletakkan aspirasi dan tekad untuk melonjakkan UMT ke puncak kecemerlangan sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

 

“Sebagai pensayarah kita perlu melaksanakan amanah pengajaran, penyelidikan, penerbitan, penyeliaan dan perkhidmatan penasihatan kepakaran. Begitu juga sebagai pentadbir kita perlu mengurus dan memastikan pelaksanaan aktiviti dan penyampaian perkhidmatan universiti dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkualiti.

 

Tambah beliau, warga UMT perlu memiliki integriti yang tinggi dalam memikul amanah dan tanggungjawab dan penganjuran program itu sebagai peringatan kepada warga UMT supaya mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan sedaya upaya selain melestarikan kelangsungan amalan pembudayaan integiriti dalam organisasi.

 

Sementara itu, turut menampilkan Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hajiu Zulkiply bin Haji Muda, Dato’ Mufti Negeri Terengganu bagi perkongsian bertajuk “Integriti adalah Takwa” dan juga Bicara Ibrah  yang disampaikan oleh Mohd Firdaus Ramlan berkaitan pengalaman sebenar sebagai pelaku rasuah.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu